awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas rentung dalam kebakaran

Sinar Harian
Sinar Harian
30/09/2023
00:20 MYT
Warga emas rentung dalam kebakaran
Pasukan bomba memadamkan kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Melalia, Sipitang.
SIPITANG : Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran dirumahnya di Kampung Melalia, dekat sini, pada malam Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mayat Wong Fook On, 66, ditemukan oleh pasukan bomba di bahagian dapur rumahnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang, Calvin Joe Jeafery berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.39 malam.
Katanya, seramai 11 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 13 kilometer dari BBP Sipitang.
"Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal dan sebuah kenderaan jenis Proton Iswara yang musnah 100 peratus.
"Operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan dan api berjaya dikawal pada jam 8.05 malam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Katanya lagi, hasil pemeriksaan lanjut terdapat seorang mangsa rentung dalam kejadian itu.
"Pasukan kita menemui mayat seorang lelaki di bahagian dapur.
"Mangsa yang tinggal berseorangan dipercayai terperangkap dalam kejadian itu," katanya.
Sehubungan itu, Calvin Joe berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Operasi ditamatkan pada jam 10.36 malam selepas pemeriksaan dilakukan tiada bahaya lain di lokasi kejadian," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas rentung
#kebakaran
#Kampung Melalia
#bomba Sipitang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan