awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas rentung dalam kebakaran di Kampung Bangkahak Sunsum

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
25/10/2025
05:08 MYT
Warga emas rentung dalam kebakaran di Kampung Bangkahak Sunsum
Seorang wanita warga emas berusia lingkungan 70-an ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam bilik tidur ketika kebakaran memusnahkan rumahnya di Kampung Bangkahak Sunsum, Kota Belud. -Foto Facebook
KOTA BELUD: Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Bangkahak Sunsum, awal pagi Sabtu.

Ringkasan AI
  • Seorang wanita warga emas berusia lingkungan 70-an ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam bilik tidur ketika kebakaran memusnahkan rumahnya di Kampung Bangkahak Sunsum, Kota Belud.
  • Pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya dalam tempoh 50 minit dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut serta bedah siasat.
  • Punca kebakaran masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar lebih peka terhadap keselamatan elektrik dan penggunaan api di rumah.

Mangsa yang dianggarkan berusia lingkungan 70-an dipercayai terperangkap di bilik tidurnya ketika api marak dan gagal menyelamatkan diri.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elgie Bakuk berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2 pagi sebelum sepasukan 10 anggota bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 13 kilometer dari balai.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang terbakar 100 peratus.
"Pasukan bomba bertindak memadamkan kebakaran menggunakan kaedah ‘offensive’ dengan sumber air diambil daripada tangki jentera,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.50 pagi dan operasi mengeluarkan mangsa dijalankan sejurus selepas api dipadamkan sepenuhnya.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke hospital bagi proses bedah siasat.
Tiada mangsa lain dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.
Elgie turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa memastikan aspek keselamatan elektrik dan penggunaan api di rumah diberi perhatian bagi mengelak tragedi seumpama itu berulang.
Topic Berkaitan
#wanita warga emas
#rentung dalam kebakaran
#terperangkap dalam bilik tidur
#Kampung Bangkahak Sunsum Kota Belud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan