awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Prasarana rekod 1.54 juta perjalanan penumpang sempena ambang Tahun Baharu
MINDEF tidak lindungi rasuah namun tolak tuduhan tanpa bukti - Mohamed Khaled
MN belum serius, Kerajaan Perpaduan ikrar tumpu nasib rakyat hingga PRU16 - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas rentung dalam kebakaran di Lawas

Bernama
Bernama
27/06/2025
06:15 MYT
Warga emas rentung dalam kebakaran di Lawas
Mayat Dudol Karim, 89, ditemukan dalam runtuhan rumah separuh kekal yang terbakar 100 peratus itu pada 6 pagi.
KUCHING: Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran sebuah rumah teres di Lawas, bandar paling utara Sarawak, awal pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki warga emas berusia 89 tahun ditemukan rentung dalam kebakaran rumah teres di Lawas, Sarawak, yang musnah sepenuhnya awal pagi tadi.
  • Dua lagi penghuni rumah terselamat, manakala operasi pemadaman oleh 14 anggota bomba berjaya mengawal api dalam masa kurang 15 minit selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.18 pagi.
  • Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan siasatan dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak.

Mayat Dudol Karim, 89, ditemukan dalam runtuhan rumah separuh kekal yang terbakar 100 peratus itu pada 6 pagi, setelah kebakaran berjaya dipadamkan oleh 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas.
Laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menyatakan dua lagi penghuni rumah berkenaan Gairil Mustafa, 32, dan Nursyamioy Drahman, 31, selamat dalam insiden itu.
Menurut laporan itu sebuah jentera bomba dengan kekuatan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas bergegas ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.18 pagi.
Api berjaya dikawal pada 4.30 pagi sebelum operasi pemadaman tamat pada 6 pagi, dan mayat warga emas itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes kebakaran
#warga emas rentung
#kebakaran Lawas
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan