awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas rentung, suami melecur, terperangkap dalam kebakaran

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
07/06/2021
05:06 MYT
Warga emas rentung, suami melecur, terperangkap dalam kebakaran
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah bersebelahan. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas rentung manakala suaminya melecur selepas kediaman mereka di Kampung Losong Haji Su di sini musnah dalam kebakaran hari ini.
Dalam insiden kira-kira jam 10.35 pagi itu, mangsa Fatimah Mohd, 79 tahun, maut selepas terperangkap di dalam kediaman yang dihuni bersama suaminya itu.
Kebakaran juga menyebabkan suami mangsa, Jusoh Muda, 82 tahun, melecur kira-kira 30 peratus di bahagian kaki dan belakang badan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Md Hilman Ab Rashid berkata, sejurus pihaknya menerima panggilan, seramai 35 kekuatan bersama empat jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya, ketika tiba, kediaman yang diperbuat daripada kayu itu telah musnah hampir 80 peratus.
"Mayat mangsa dikesan dalam keadaan tertiarap dan suaminya cuba membantu, namun gagal, menyebabkan mangsa turut mengalami kecederaan," katanya ketika ditemui ditempat kejadian.
Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Md Hilman berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah bersebelahan.
Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#rentung
#melecur
#warga emas
#suami isteri
#JBPM Terengganu
#Md Hilman Ab Rashid
#Kuala Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan