SEREMBAN: Seorang warga emas kerugian RM178,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata wanita berusia 70-an itu memaklumkan menerima satu pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali yang mengaku sebagai dermawan terkenal dan menawarkan skim pelaburan "Navicap" pada 15 Nov lepas.
"Mangsa seterusnya membuat dua transaksi berjumlah RM178,000 ke dalam akaun yang diberikan oleh suspek.
"Wanita itu menyedari ditipu setelah gagal membuat pengeluaran wang modal dan keuntungan yang dijanjikan bagi pelaburan tersebut atas alasan akaunnya telah dibekukan. Susulan itu, dia membuat laporan polis pagi tadi," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Abdul Malik berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sedang berusahamengesan suspek terlibat untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024
Mangsa menerima satu pesanan ringkas daripada nombor tak dikenali yang mengaku sebagai dermawan terkenal dan menawarkan skim pelaburan. - Gambar hiasan
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Wujud portal bantu rakyat lawan scam, tangkis fitnah - Fahmi
Sebuah portal yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) akan diwujudkan, untuk membantu rakyat mengesahkan maklumat yang diterima, menangkis berita fitnah serta melawan penipuan atau scam.
Kontraktor rugi lebih RM600,000 ditipu syarikat pelaburan tidak wujud
Mangsa berusia 41 tahun itu dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp yang mengandungi tip serta informasi berkaitan saham Malaysia.
Pengurus syarikat berputih mata rugi lebih RM500,000
Lelaki berusia 58 tahun itu pada mulanya telah mengenali seorang wanita yang menggunakan nama samaran, Amy di aplikasi WeChat.
'Anak diseksa, dipukul, dipaksa makan daging babi' - Ibu
Hasrat seorang lelaki OKU mengumpul wang sempena Aidilfitri musnah apabila menjadi mangsa penipuan sindiket pemerdagangan manusia di sempadan Myanmar-Thailand.
Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran
Petronas berkata ia mengambil maklum mengenai satu penipuan pelaburan melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat.
Warga emas kerugian RM173,500 diperdaya 'phone scam'
Mangsa terima panggilan daripada seorang individu menyatakan kononnya dia mempunyai bungkusan meragukan, sebelum talian disambungkan kepada 'polis'.
Nama dalam Senarai Peringatan Pelabur, Mahadi tunggu penjelasan SC
Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadi BZ terkejut apabila nama beliau berada dalam Senarai Peringatan Pelabur di laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Lima golongan berduit di mata scammer
Golongan wanita di negara ini direkodkan sebagai paling ramai menjadi mangsa penipuan dalam talian atau scammer.
Penipuan dalam talian: Dua guru kerugian lebih RM158,000
Dua guru kerugian lebih RM158,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan dalam talian termasuk dalam urusan pembelian barangan.
Warga emas rugi hampir RM200,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa menerima satu pesanan ringkas daripada nombor tak dikenali yang mengaku sebagai dermawan terkenal dan menawarkan skim pelaburan "Navicap".