awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas rugi RM3.5 juta urusan jual beli tanah

Bernama
Bernama
21/06/2024
15:30 MYT
Warga emas rugi RM3.5 juta urusan jual beli tanah
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata lelaki berusia 63 tahun itu, membuat laporan semalam berhubung perjanjian jual beli yang ditandatanganinya pada 25 Okt 2022. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas mendakwa kerugian RM3.5 juta selepas tidak menerima wang bayaran hasil penjualan dua lot tanah miliknya kepada sebuah syarikat di Ampang, Selangor.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata lelaki berusia 63 tahun itu, membuat laporan semalam berhubung perjanjian jual beli yang ditandatanganinya pada 25 Okt 2022.
Beliau berkata perjanjian tersebut disaksikan seorang peguam dari firma guaman, yang dilantik untuk mewakilinya dan pada 15 Mac tahun lalu, beliau telah membuat pengesahan cap jari di Pejabat Tanah Petaling bersama peguam dilantik dan urusan penjualan tanah tersebut selesai pada hari yang sama.
"Bagaimanapun, sehingga kini mangsa tidak menerima sebarang wang hasil dari penjualan tanah tersebut dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang media di Menara KPJ, di sini hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai Pasukan Petugas bagi Jemaah Haji Terkandas yang diaktifkan di One Stop Center, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejak 10 Jun, Ramli berkata enam laporan polis diterima dari dua pengadu berbeza, melibatkan nilai kerugian RM21,100.
Beliau berkata bagi laporan polis yang melibatkan isu penipuan, siasatan sedang dijalankan PDRM di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, manakala bagi laporan melibatkan kesalahan di bawah bidang kuasa pihak Tabung Haji, kes dirujuk kepada agensi tersebut untuk tindakan selanjutnya.
"Secara keseluruhan, 71 pegawai iaitu 50 pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia dan 21 pegawai dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), telah ditugaskan dan pihaknya akan menamatkan tugas pada 11.59 malam ini selepas 12 hari penugasan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#kerugian
#urusan jual beli tanah
#penjualan tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan