awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas sesat ketika mendaki bukit, ditemui meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
27/03/2024
21:45 MYT
Warga emas sesat ketika mendaki bukit, ditemui meninggal dunia
Mangsa ditemui oleh orang awam dan didapati telah meninggal dunia, mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan sesat ketika mendaki di bukit berhampiran Persiaran Shorea Seksyen U16, dekat sini, pada Selasa, ditemui meninggal dunia semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa berusia 64 tahun itu mendaki bukit berkenaan bersendirian pada jam 9.30 pagi Selasa.
"Mangsa kemudian menghubungi anaknya pada jam 3.43 petang hari sama setelah gagal menemui jalan pulang," katanya dalam kenyataan semalam.
Mohd Iqbal berkata, operasi mencari dan menyelamat telah dilakukan pihak Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong, namun gagal mengesan mangsa sehingga jam 7.50 petang semalam.
"Mangsa ditemui orang awam dan didapati telah meninggal dunia. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tindakan selanjutnya. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Saipol Paizi di talian 012-5781435," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas sesat
#mendaki bukit
#meninggal dunia
#Persiaran Shorea
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan