awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas terima tujuh jahitan akibat ditumbuk anak sendiri

Bernama
Bernama
18/08/2017
12:50 MYT
Warga emas terima tujuh jahitan akibat ditumbuk anak sendiri
Anak mangsa berusia 38 tahun yang ketika itu sedang duduk di situ tidak berpuas hati dan marah apabila bapanya meminta dia beralih dari situ lalu bertindak memukul muka mangsa. - Gambar hiasan
Seorang warga emas berusia 71 tahun menerima tujuh jahitan pada keningnya selepas ditumbuk anaknya dalam kejadian di sebuah kampung di Sungai Limau di sini tiga hari lalu.
Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhamad Halim Yatim berkata dalam kejadian 4.40 petang Rabu itu, mangsa dikatakan mahu keluar dari rumah menerusi pintu belakang untuk memberi makan ayam peliharaannya.
"Anak mangsa berusia 38 tahun yang ketika itu sedang duduk di situ tidak berpuas hati dan marah apabila bapanya meminta dia beralih dari situ lalu bertindak memukul muka mangsa.
"Mangsa yang tidak melawan telah mengalami kecederaan pada bahagian kening sebelah kanan lalu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya suspek ditahan pada 11 malam hari sama dan ujian air saringan air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu juga postif dadah.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak
#bapa
#Dadah
#Kedah
#mangsa
#polis
#tumbuk
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan