Seorang lelaki warga Indonesia hari ini ditahan kerana disyaki memiliki 17 laras senjata api tiruan, 24 kelopak peluru dan 12 butir bola gel bersaiz di antara tujuh dan 7.5 milimeter di sebuah rumah sewa di Jalan Orang Kaya Setiaraja di Mukah, kira-kira 156 kilometer dari sini.
Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan bersama-sama lima rakan senegara berumur lingkungan 25 hingga 39 tahun dalam satu serbuan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Imigresen serta Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri Sarawak pada kira-kira 3.05 pagi.
“Serbuan dibuat setelah pasukan itu mendapat maklumat ada sekumpulan warga asing yang dipercayai melakukan pelbagai kesalahan imigresen di rumah itu dan hasil pemeriksaan premis, pasukan itu telah menemukan senjata api tiruan berkenaan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut di bawah Akta Senjata Api 1960 manakala yang lain ditahan oleh Jabatan Imigresen bagi siasatan di bawah Akta Imigresen 1959.
“Polis telah memperoleh perintah reman selama empat hari hingga 21 September ke atas lelaki yang menghadapi siasatan memiliki senjata api ini untuk membantu siasatan,” katanya.
Pasukan serbuan juga menahan enam lelaki warganegara Indonesia yang berada di dalam sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Orang Kaya Setiaraja Mukah.
Muhamad Rizal juga berkata, siasatan setakat ini mendapati lelaki itu merupakan peniaga barangan dari Indonesia di sebuah ladang di Mukah dan senjata api tiruan jenis blaster berserta kelopak peluru dan bola gel yang dirampas itu diperolehnya dari pasaran negara itu.
Beliau berkata, senjata api jenis blaster itu biasanya digunakan oleh syarikat penyedia permainan paintball tetapi perlu mendapatkan permit untuk pembelian senjata berkenaan.
“Lelaki itu merancang menjalankan perniagaan permainan paintball di Mukah menggunakan senjata blaster itu tetapi tidak dapat dijalankan kerana tiada rakan kongsi tempatan untuk memohon lesen," kata Muhamad Rizal.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 17 2021
Senjata api tiruan pelbagai jenis yang dirampas dalam serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Orang Kaya Setiaraja Mukah. -Sinar Harian
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Kilang terbakar, empat pekerja melecur
Beliau berkata kebakaran di bahagian tangki simpanan serbuk tepung itu bagaimanapun telah terpadam sebelum pasukan bomba tiba di kilang terbabit.
JPJ Pulau Pinang pergiat operasi kesan pemandu warga asing tanpa lesen
JPJ Pulau Pinang memandang serius kesalahan memandu kenderaan tanpa lesen kerana ia menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini.
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
Polis lepas lima das tembakan amaran ke arah kenderaan bawa PATI
Polis terpaksa melepaskan lima das tembakan amaran setelah sebuah kereta yang dinaiki enam individu memecut laju ketika pemeriksaan polis.
Imigresen laksana pemantauan 'omnipresence' di sekitar ibu negara
Antara kawasan tumpuan ialah KLCC, Jalan Silang, Kota Raya, Bukit Bintang dan Chow Kit.
Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia
Keputusan itu diperolehi setelah mendengar keterangan saksi dan membaca hujahan kedua-dua pihak.
P. Pinang guna kelebihan diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk tarik pelancong
Satu laporan peruncit di UK, Post Office, meletakkan Pulau Pinang di tempat ke-11 dalam senarai destinasi pelancongan termurah di seluruh dunia.