awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Pakistan dituduh kisar rakan dalam mesin bijih

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
03/12/2017
04:54 MYT
Warga Pakistan dituduh kisar rakan dalam mesin bijih
Khan Amjad Ali (kanan) menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun. - Astro AWANI
Seorang lelaki warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gua Musang hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian dua rakannya dalam mesin pengisar bijih besi bulan lepas.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh Khan Amjad Ali, selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah Norzihan Abdul Rashid, di hadapan Majistret Mohd Rosly Mohamed Nawi.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Waffy Ismail.
Mahkamah menetapkan 1 Januari depan untuk sebutan semula kes berkenaan bagi menunggu tertuduh melantik jurubahasa Urdu.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa membunuh rakannya, warga Pakistan Saleem Shah, 29, dan warga Bangladesh Mohammad Younus Ali, 38, di dalam mesin pengisar batu di lombong bijih besi Sunbay Resources Sdn Bhd Felda Aring 5 pada 11.25 pagi, 13 November lepas.
Tertuduh menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun.
Topic Berkaitan
#bijih besi
#Gua Musang
#kisar
#lombong bijih besi
#mahkamah
#mesin pengisar
#warga Bangladesh
#warga Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan