awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Ada usaha naikkan amarah UMNO agar tinggalkan kerajaan' - Tok Mat
UMNO cadang pembentukan gabungan besar parti Melayu Islam - Ahmad Zahid
MyDigital ID sasar 15 juta pendaftaran baharu tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga peneroka bantu pasukan keselamatan

Hakim Rahman
Hakim Rahman
08/03/2013
08:08 MYT
Warga peneroka bantu pasukan keselamatan
Golongan peneroka Felda Sahabat, Lahad Datu, mengambil inisiatif membantu petugas keselamatan dengan menghulurkan bantuan makanan kepada mereka. Sumbangan antara lain bagi menghargai jasa pasukan keselamatan menjaga kedaulatan negara. Yakin dengan kemampuan pasukan keselamatan, golongan isteri peneroka terpanggil memberikan bantuan meskipun bimbang dengan keselamatan mereka. Roslipah Ibrahim, Pembantu Pembangunan Masyarakat Felda Wilayah Sahabat Felda berkata, "Kami ketakutan mendengar bunyi bom. Namun kami terus menghantar bekalan makanan. Demi semangat dan mendapat sokongan pihak rancangan, kami sediakan 1,200 bungkusan makanan". Bantuan dihantar secara berterusan di dua lokasi utama, Bandar Cenderawasih dan Desa Kencana. Pada Khamis Perdana Menteri mengumumkan akan menambah lima batalion tentera dan mewujudkan zon keselamatan khas. Lebih 700 ratus penduduk berhampiran Kampung Tanduo telah diarah berpindah ke dewan serbaguna sebagai langkah keselamatan.
Topic Berkaitan
#Bandar Cenderawasih
#Desa Kencana
#felda sahabat
#Lahad Datu
#peneroka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan