awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga peru diberkas berhubung kes pecah mesin ATM di Maran

Bernama
Bernama
10/10/2013
07:51 MYT
Warga peru diberkas berhubung kes pecah mesin ATM di Maran
Seorang lagi suspek kes mencuri wang berjumlah RM174,000 dari mesin pengeluar wang automatik (ATM) di sebuah bank Maran semalam telah ditahan di Kampung Berkat.
Suspek merupakan warga Peru berumur 31 tahun ditahan kira-kira pukul 8.15 pagi kira-kira lima kilometer dari Plaza Tol Maran, tempat dia meloloskan diri sebelum ini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata polis menerima maklumat daripada seorang penduduk kampung yang mendapati seorang lelaki sedang tidur di rumahnya kira-kira pukul 7.45 pagi.
"Suspek kemudiannya melarikan diri selepas ditegur oleh penduduk kampung tersebut. Polis kemudian bergegas ke rumah itu dan menjumpai suspek sedang berada di tepi jalan selepasdia membeli makanan," katanya pada pemberita di sini hari ini.
Beliau hasil siasatan mendapati suspek berasal dari Lima, Peru dan memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial sejak 7 Ogos lalu.
"Hasil pemeriksaan terhadap suspek, polis menemui lima buah telefon bimbit, lesen memandu antarabangsa dan wang tunai RM22. Dia dipercayai terlibat dengan kejadian pecah dan curi wang mesin ATM semalam," katanya.
Suspek direman selama tujuh hari di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuridalam bangunan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 10 tahun atau denda.
Semalam rakannya seorang lelaki warga Argentina ditahan di plaza tol berkenaan.
Topic Berkaitan
#ATM
#Maran
#Mencuri
#Pahang
#Peru
#plaza tol
#Sharifuddin Ab Ghani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan