NATIONAL
Warisan KL bakal jana RM7.85 bilion menjelang 2035 - Dr Zaliha

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Peluncuran Kreatif Kuala Lumpur di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Projek Warisan Kuala Lumpur (Warisan KL) dijangka menjana nilai ekonomi sebanyak RM7.85 bilion menjelang 2035.
Ringkasan AI
- Projek Warisan Kuala Lumpur (Warisan KL) dijangka menjana RM7.85 bilion menjelang 2035, dengan fokus kepada pembangunan berasaskan warisan dan pelancongan budaya.
- Inisiatif ini bertujuan memulihara serta menghidupkan semula aset sejarah sebagai pemacu ekonomi dan ruang komuniti, selaras dengan visi bandar raya yang bersih, maju, dan mesra alam.
- Antara lokasi utama dalam projek ini termasuk Kawasan Warisan Dataran Merdeka, Carcosa Seri Negara, Merdeka 118, Memorial Tun Abdul Razak, dan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.
“Warisan KL diilhamkan sebagai perancangan tindakan yang bukan sahaja memulihara aset sejarah tetapi turut menghidupkannya semula sebagai salah satu pemacu ekonomi, ruang komuniti dan sumber kebanggaan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Warisan KL: Warisan Ibu Kota Malaysia Madani di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Jumaat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan majlis berkenaan turut menzahirkan komitmen, pembangunan Warisan KL tidak hanya tertumpu kepada penyertaan golongan elit semata-mata, tetapi ia harus membabitkan majoriti rakyat termasuk usaha baik pulih warung jalanan.
Warisan KL ialah inisiatif strategik untuk mentransformasi kawasan bersejarah yang tertumpu di pusat bandar Kuala Lumpur sebagai zon budaya dan kreatif, berpandukan Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040.
Antara projek andalan berkenaan adalah Kawasan Warisan Dataran Merdeka, Carcosa Seri Negara, Merdeka 118, Enklaf Masjid Jamek, Memorial Tun Abdul Razak dan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami