awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warisan nafi kerjasama dengan PN seperti laporan Sarawak Report

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
13/07/2021
05:32 MYT
Warisan nafi kerjasama dengan PN seperti laporan Sarawak Report
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa laporan tersebut sebagai tidak benar. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) menafikan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) seperti yang dilaporkan di sebuah portal berita 'Sarawak Report'.
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa laporan tersebut sebagai tidak benar.
"Saya ingin menafikan tentang akan adanya kerjasama antara Parti Warisan dengan PN.
"Laporan yang dikeluarkan dalam salah satu artikel oleh Sarawak Report adalah tidak betul," katanya.
Sebelum ini portal tersebut melaporkan akan wujud satu pakatan baharu antara PN dan PH termasuk Parti Warisan bagi membentuk gabungan baharu pentadbiran negara.
Laporan tersebut mendedahkan ia susulan tawaran yang diberikan PN kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini untuk memimpin Majlis Pemulihan Negara.
Laporan itu mendakwa, Tun Dr Mahathir akan dilantik mengetuai pelan pemulihan termasuk empat ahli Pejuang serta Warisan Plus yang akan menyokong kerajaan PN.
Topic Berkaitan
#Parti Warisan Sabah
#Warisan
#Mohd Shafie Apdal
#Shafie Apdal
#Warisan nafi kerjasama
#Perikatan Nasional
#Sarawak Report
#laporan tidak betul
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan