Teka-teki warna sebenar baju yang trending di Twitter dengan menggunakan #TheDress akhirnya terlerai.

Warna sebenar #TheDress yang trending kerana perdebatannya di media sosial adalah biru dan hitam.

Persoalan itu dijawab oleh ketua pembelian dan reka bentuk butik dalam talian Roman (www.romanoriginals.co.uk), Michele Bastock dalam satu temubual dengan CNN.

Warna baju sebenar #TheDress seperti yang terdapat pada laman web pemiliknya, www.romanoriginals.co.uk.

Dalam temubual itu lagi, Bastock akan mengeluarkan baju ini dalam warna putih dan emas dalam tempoh enam bulan atas permintaan ramai.

Akibat menjadi viral, trafik ke laman web Roman juga sesak dengan pelawat yang mahu melihat sendiri baju yang trending itu.

Baju ini menjadi medan perbalahan orang ramai termasuk para selebriti seperti Taylor Swift dan Kim Kardashian.

Warga Awani turut berbalah mengenai warna baju itu di bilik berita.

Ada pihak yang dapat melihat warna sebenar baju itu manakala ada yang berkata baju itu berwarna putih dan emas.


Undian di laman web Astro Awani turut mendapati majoriti pembaca berpendapat ia berwarna putih dan emas.

Gambar itu dikatakan dimuatnaikkan oleh seorang pengguna Tumblr, Caitlin McNeill, seorang penyanyi berumur 21 tahun, yang keliru dengan warna baju tersebut.