awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wartawan hiburan kritikal di London, Fahmi minta bantuan Tabung Kasih@HAWANA disalurkan segera

Bernama
Bernama
28/12/2023
13:51 MYT
Wartawan hiburan kritikal di London, Fahmi minta bantuan Tabung Kasih@HAWANA disalurkan segera
Siti Norhafiza Kamarudin atau Fiza kini dirawat di Hospital Charing Cross, London selepas dilaporkan tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, semalam untuk pulang ke Malaysia selepas bercuti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) untuk menyalurkan bantuan kewangan segera menerusi Tabung Kasih@HAWANA kepada wartawan hiburan Siti Nor Hafiza Kamarudin yang dilaporkan kritikal di sebuah hospital di London.
Fahmi dalam catatan menerusi Facebook beliau hari ini berkata bantuan berkenaan juga akan disalurkan kepada suami dan anak-anak wartawan itu.
"Saya mengikuti rapat perkembangan saudari Fiza yang kini kritikal di sebuah hospital di London.
"Di pihak Kementerian Komunikasi, kami turut mendoakan beliau sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Amin," katanya.
Siti Nor Hafiza, 40, kini dirawat di Hospital Charing Cross, London selepas dilaporkan tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, semalam untuk pulang ke Malaysia selepas bercuti.
Wartawan portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media berkenaan sedang melancong bersama keluarga ke London dan berlepas bersama suami dan dua cahaya matanya pada pertengahan bulan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil
#Siti Norhafiza Kamarudin
#Charring Cross Hospital London
#wartawan hiburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan