SHAH ALAM: "Badan saya ditumbuk serta diterajang selain tangan saya ditoreh,"
Demikian cerita seorang wartawan antarabangsa yang menempuh detik menakutkan apabila dikurung serta diseksa tiga hari oleh beberapa individu dalam sebuah rumah ketika dilarikan beberapa individu pada 7 November lalu.
Individu yang mahu dikenali sebagai Ahmad itu berkata, kematian dirasakan terlalu dekat tatkala menjadi mangsa individu terbabit.
"Macam-macam mereka buat kepada saya, mereka tumbuk, tendang saya beberapa kali pada bahagian badan selain tangan saya dilukakan dengan pisau.
"Saya rasa macam nak mati ketika itu, namun saya kuatkan semangat saya dan berusaha untuk cari pelbagai helah untuk melepaskan diri," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Menceritakan detik dirinya menjadi mangsa perbuatan jenayah berkenaan, katanya, dirinya didatangi beberapa individu mengaku sebagai anggota polis di rumahnya di Putrajaya sekitar 7 November lalu.
"Mereka mendakwa perlu menahan saya berkaitan satu kejadian yang ada melibatkan mangsa, saya percayakan mereka kerana mereka mengaku sebagai anggota polis.
"Hati saya mula mengesyaki sesuatu apabila pada awalnya saya didakwa akan dibawa ke sebuah pejabat, namun sebaliknya berlaku apabila saya diserahkan kepada beberapa individu lain, masa tu saya sedar diri saya dalam bahaya," katanya.
Jelasnya, dia kemudian dibawa dan dikurung dalam sebuah rumah oleh individu terbabit.
"Ketika itu saya menempuh detik hitam apabila diperlakukan sedemikian, saya tidak mampu berbuat apa-apa sebaliknya hanya merayu agar dilepaskan.
"Saya dipaksa memberikan wang berjumlah RM1.9 juta, namun saya tiada wang sebanyak itu, saya kemudian hanya mampu beri kepada mereka sebanyak RM50,000 sahaja, itu pun selepas mereka pukul dan ugut saya dengan menunjukkan video kejam yang memaparkan individu disembelih," katanya.
Ahmad berkata, dia kemudian cuba melarikan diri setelah dibawa untuk mendapatkan rawatan pada hari kedua ditahan.
"Lepas saya dirawat, saya terus lari keluar dari klinik berkenaan dan menjerit meminta pertolongan, bagaimanapun tiada sesiapa yang bantu.
"Salah seorang suspek kemudian kejar saya dan berjaya tangkap saya ketika itu sebelum dibawa pulang ke tempat saya dikurung," katanya.
Ahmad percaya kejadian itu berlaku disebabkan dia pernah keluarkan artikel berkaitan jenayah berkaitan eksploitasi warga asing.
"Saya cuba bermain psikologi dengan salah seorang suspek dan mempersoalkan tindakannya itu yang sanggup bersekongkol dengan warga asing hanya demi wang.
"Saya ceritakan segalanya berkaitan laporan yang saya buat sebelum ini dan suspek akhirnya bersetuju melepaskan saya setelah mendengar penjelasan saya itu," ujarnya.
Menurutnya, dia bersyukur kerana masih selamat selepas daripada kejadian itu dan menghargai usaha pihak polis yang pantas dalam menangani kes yang dialaminya.
"Saya difahamkan beberapa individu terlibat telah ditahan, saya ucap terima kasih kepada pihak polis.
"Sebagai seorang wartawan, apa yang saya alami ini satu pengalaman cukup bermakna, dan apa pun, saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas," katanya.
Pada Isnin, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan berkaitan tiga anggota polis didakwa terlibat dengan kes pemerasan dan melarikan mangsa akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) minggu ini.
Beliau berkata, seramai lapan individu telah diambil keterangan berhubung kejadian berkenaan.
Jelas beliau, tangkapan melibatkan enam orang iaitu tiga anggota dan tiga orang awam selain sedang memburu tiga lagi suspek berkaitan kes ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 14 2023
Ahmad menempuh detik cemas apabila dilarikan serta dikurung selama tiga hari oleh beberapa individu pada 7 November lalu. Gambar kecil: Hussein - Foto Sinar Harian
Yayasan Prihatin SPRM, ELMU Foundation martabat profesion penguat kuasa
Yayasan Prihatin SPRM dan ELMU Foundation menandatangani MoU bagi memperkemas kerjasama kedua-dua pihak dalam melaksanakan program peningkatan integriti, profesionalisme dan kebajikan.
24 polis cedera, 39 penunjuk perasaan ditahan di Melbourne
Sekurang-kurangnya, 24 anggota polis cedera manakala 39 penunjuk perasaan anti-perang ditahan berhampiran Pameran Pertahanan Land Forces Melbourne pada Rabu.
Jurucakap polis Victoria berkata, 39 individu itu ditahan atas kesalahan menyerang, menghalang, mengganggu tugas polis, membakar selain menyekat jalan.
Jurucakap polis Victoria berkata, 39 individu itu ditahan atas kesalahan menyerang, menghalang, mengganggu tugas polis, membakar selain menyekat jalan.
Atlet Olimpik Tom Craig digantung 12 bulan
Pemain Hoki Olimpik Australia, Tom Craig digantung selama 12 bulan selepas disabit kesalahan kerana membeli dadah kokain semasa acara sukan olimpik Paris.
9 ditahan, lebih satu juta pil ekstasi dirampas
Pihak Polis Sepanyol merampas lebih daripada satu juta pil ekstasi dan menahan 9 orang termasuk warga Itali dalam sebuah operasi penumpasan sindiket dadah di Pulau Balearic, Ibiza pada Selasa.
Empat maut dan 14,328 isi rumah terjejas
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di utara dan tengah Thailand, mengakibatkan empat kematian dan menjejaskan 14,328 isi rumah, menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) pada Rabu.
Debat Trump-Harris: Reaksi berbaur Demokrat, Republikan
Calon naib presiden, J.D. Vance memberitahu media ucapan Harris tidak mempunyai "bahan sebenar", dan tidak kedengaran seperti seorang Naib Presiden Amerika Syarikat.
Trump sengaja naikkan kemarahan Harris - Penganalisis bahasa
Norma berkata fakta bahawa Trump memanggil Biden sebagai bos Harris, menunjukkan bahawa Trump sebenarnya sedang meremehkan kedudukan Harris.
Presiden AS: Sokongan Taylor Swift akan beri impak besar
Swift membuat pengesahan itu dalam catatan di Instagram dan akan mengundi Naib Presiden Amerika Syarikat itu dalam pilihan raya pada 5 November depan.
Malaysia tidak perlu bimbang persaingan China-AS
Ini terbukti berdasarkan sejarah perdamaian yang cuba diperjuangkan sebelum ini tidak dapat dicapai kerana AS sudah hilang kredibiliti.
Taufan Yagi: Angka korban dan hilang meningkat kepada 324 di Vietnam
Wilayah Lao Cai adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas dengan 72 kematian dan 111 orang masih hilang.
Wartawan tempuh detik hitam dikurung, diseksa beberapa individu
Seorang wartawan antarabangsa menempuh detik menakutkan apabila dikurung serta diseksa tiga hari oleh beberapa individu dalam sebuah rumah.