KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak terpengaruh dengan iklan dalam media sosial yang kononnya menawarkan lesen memandu tanpa perlu menghadiri kelas dan ujian memandu.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata pihaknya telah mengesan tawaran iklan itu yang turut menggunakan gambar profil 'China doll' bagi menarik perhatian pengguna media sosial yang diuarkan-uarkan secara terbuka di platform berkenaan.
"Sindiket ini mengaut keuntungan dengan memperdaya mangsa dan kemudiannya melarikan diri dengan duit yang dibayar kepada mereka.
"Niat tawaran iklan ini adalah tidak baik kerana mengelirukan rakyat bahawa boleh dapat lesen tanpa perlu hadir ke sekolah memandu. JPJ menafikan sekeras-kerasnya perkara ini," katanya pada sidang media Operasi Sepadu Ambang Tahun Baharu di Plaza Tol Gombak di sini awal pagi tadi.
Beliau berkata JPJ akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengesan sindiket itu melalui pautan yang dikongsikan.
"Sindiket berkenaan telah menyedari bahawa mereka dipantau pihak berkuasa maka mereka (sindiket) yang terlibat sering menukarkan pautan setiap empat hingga enam bulan.
"Kami akan berusaha mendapatkan individu yang bertanggungjawab menipu pengguna media sosial dengan taktik ini dan tindakan selanjutnya akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKD," katanya.
Sementara itu mengulas mengenai operasi sepadu itu, Zailani berkata sebanyak 3,481 saman kesalahan jalan raya dikeluarkan dalam operasi bermula dari 9 malam hingga 12 tengah malam yang dilaksanakan serentak di seluruh negara.
Menurutnya, JPJ mengeluarkan lebih 30 peratus saman daripada 12,234 jumlah kenderaan diperiksa dalam operasi itu yang memfokuskan kepada pemeriksaan lesen memandu, cukai jalan, insurans kenderaan dan kenderaan klon.
"Selain itu, kami turut menyita 69 kenderaan terdiri daripada 56 motosikal, 12 kereta dan satu kenderaan lain di seluruh negara setakat 12 tengah malam tadi," katanya dan menambah lebih 200 anggota pelbagai agensi penguat kuasa terlibat antaranya PDRM, Jabatan Imigresen, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Alam Sekitar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 01 2023

Zailani berkata, JPJ telah mengesan tawaran iklan itu yang turut menggunakan gambar profil 'China doll' bagi menarik perhatian pengguna media sosial. - Gambar fail

Takiyuddin sahkan Eizlan Yusof sertai Pas
Menurutnya, ada beberapa lagi tokoh lain, namun nama mereka akan diumumkan pada waktu yang sesuai.

'Tak sangka sepakan basikal hasilkan gol'
Jaringan peribadi ke-15 Forestieri musim ini kembali menjelmakan semula rentak penyandang juara sembilan kali berturut-turut itu.

ARC: Hong Kong terlalu kuat buat skuad Bunga Raya
Skuad Bunga Raya ternyata bukan tandingan lawan yang merupakan pasukan kedua terbaik Asia dan ke-24 dalam ranking dunia.

Industri perbankan akan berkembang di bawah Abdul Rasheed - ABM
Khairussaleh berkata industri perbankan akan mendapat manfaat daripada pengalaman Abdul Rasheed.

Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir
Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod mereka.

DSV mahu kembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC
Jika berjaya ambil alih, ini kali kedua DSV terlibat dengan Kelantan FC, selepas pada 2016, dengan nilai tajaan melebihi RM16 juta.

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

Remaja 13 tahun 'part time' pandu lori roro ditahan
Siasatan awal mendapati remaja yang masih bersekolah itu melakukan kerja secara sambilan memandu lori roro milik syarikat keluarganya.

Kerajaan cadang perluas pelaksanaan MyLesen - Loke
Kerajaan bercadang untuk memperluaskan perlaksanaan program MyLesen membabitkan lesen perkhidmatan kenderaan awam (PSV) kelas E (bas).

Lesen pengendali dua syarikat bas ekspres digantung berkuat kuasa 12 Jun
Lesen pengendali dua syarikat bas ekspres yang terlibat dalam insiden kemalangan pada 12 dan 13 Mei lepas, S.V Juta Sdn Bhd dan Syarikat Kejora Masyhur Sdn Bhd, digantung berkuat kuasa 12 Jun ini, kat

JPJ lanjut bidaan nombor siri pendaftaran FF - Loke
Langkah itu diambil selepas mengambil maklum aduan orang ramai tentang sistem JPJeBid yang tidak stabil.

JPJ sasar kutipan hasil RM5 bilion
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan kutipan hasil lebih RM5 bilion hingga hujung tahun ini.

JPJ mahu pendigitalan penuh pastikan perkhidmatan lebih berkesan - Loke
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhasrat melaksanakan penyampaian perkhidmatan secara pendigitalan penuh pada masa akan datang.

Pendedahan salah laku babit kementerian: Azam sedia bertemu Anthony Loke
Tan Sri Azam Baki sedia bertemu dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berhubung laporan salah laku membabitkan agensi di bawah kementerian itu.

Kontrak MyEG dilanjutkan 3 tahun, bukan lagi eksklusif - Loke
Loke menjelaskan pihaknya bersedia mempertimbangkan sekiranya ada penyedia e-kerajaan lain ingin membuat permohonan.

Lesen memandu kini boleh diperbaharui untuk tempoh 10 tahun - Anthony Loke
Anthony Loke memaklumkan pembaharuan lesen untuk tempoh 10 tahun itu antara dua inisiatif pembaharuan LMM dilaksana pihaknya.

Pemandu bas 'dicekup' guna telefon ketika memandu
Pemandu bas 'dicekup' guna telefon ketika memandu