awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waspada mesej palsu guna nama bantuan SARA 2025

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2025
02:40 MYT
Waspada mesej palsu guna nama bantuan SARA 2025
Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan penyebaran mesej palsu berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 yang kini tular menerusi aplikasi WhatsApp.
KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan penyebaran mesej palsu berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 yang kini tular menerusi aplikasi WhatsApp.
Kementerian Kewangan (MoF) menjelaskan, pautan dalam mesej bertajuk "Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 RM200" adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh pihak kementerian.
“Berhati-hatilah dan jangan mudah terpedaya dengan mesej seperti ini yang tersebar di media sosial. Sentiasa rujuk saluran rasmi Kementerian Kewangan untuk maklumat yang sahih,” menurut kenyataan MoF di laman media sosial rasminya.
Untuk rekod, bantuan SARA mula disalurkan sejak Januari lalu sebanyak RM100 sebulan melalui MyKad penerima.
Bermula 1 April, jumlah bantuan dinaikkan kepada RM200 sebulan dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan, minuman, ubat-ubatan, kelengkapan sekolah dan produk kebersihan di lebih 1,600 premis berdaftar seluruh negara.
Orang ramai diingatkan agar tidak berkongsi pautan meragukan dan segera melaporkannya kepada pihak berkuasa jika menerima mesej sedemikian.
Topic Berkaitan
#bantuan SARA
#mesej palsu SARA
#SARA 2025
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan