awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waspada terima panggilan dakwa 'Pegawai Cybersecurity Malaysia'

Bernama
Bernama
01/12/2024
09:03 MYT
Waspada terima panggilan dakwa 'Pegawai Cybersecurity Malaysia'
CSM menegaskan mereka tidak pernah membuat panggilan sedemikian dan tidak meminta maklumat peribadi atau kewangan melalui telefon. -Gambar hiasan/Pixabay
KUALA LUMPUR: CyberSecurity Malaysia (CSM) meminta orang ramai berwaspada dengan panggilan telefon yang mendakwa mereka pegawai agensi itu dan meminta maklumat peribadi pemanggil.

Ringkasan AI
  • CyberSecurity Malaysia (CSM) meminta orang ramai berwaspada dengan panggilan telefon yang mendakwa mereka pegawai CSM dan meminta maklumat peribadi.
  • CSM menegaskan mereka tidak pernah membuat panggilan sedemikian dan tidak meminta maklumat peribadi atau kewangan melalui telefon.
  • Orang ramai yang menerima panggilan mencurigakan boleh membuat laporan di [email protected].

CSM dalam kenyataan hari ini menegaskan mereka tidak membuat panggilan sedemikian kepada orang ramai, namun dimaklumkan banyak panggilan seperti itu dibuat pihak tidak bertanggungjawab mutakhir ini.
"Orang ramai juga diminta berwaspada dengan panggilan telefon yang mendakwa pemanggil dari Unit Kawalan Keselamatan atau Security. Panggilan ini bukan daripada pegawai kami, malah unit tersebut juga tidak wujud di CSM.
"Pihak kami tidak pernah meminta maklumat peribadi atau maklumat kewangan daripada orang ramai melalui panggilan telefon. Justeru, kami menggesa orang ramai supaya berwaspada," menurut kenyataan itu.
CSM memaklumkan pihak terlibat memberi pelbagai alasan seperti nombor telefon penerima panggilan (mangsa) telah melanggar undang-undang keselamatan atau nombor telefon akan disekat kerana terlibat dengan penyebaran berita tidak sahih.
Antara alasan lain ialah nombor telefon mangsa terlibat dengan aktiviti scam (penipuan) menyebabkan banyak aduan diterima, digunakan untuk judi dalam talian atau penjualan saham atau sebaran maklumat palsu.
Orang ramai yang menerima panggilan seperti itu boleh membuat laporan di [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#judi dalam talian
#CyberSecurity Malaysia
#CSM
#maklumat peribadi pemanggil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan