awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[WAYANG] Filem Pertama Pasukan Bolasepak Kelantan Temui Peminat 27 OGOS INI

Astro Publication
Astro Publication
06/08/2015
13:40 MYT
[WAYANG] Filem Pertama Pasukan Bolasepak Kelantan Temui Peminat 27 OGOS INI
Filem pertama pasukan Bolasepak Kelantan (The Red Warriors), JEJAK WARRIORS bakal menemui peminat bola sepak tempatan penghujung bulan ini. Filem terbitan bersama The Red Warriors Sdn Bhd dan U2 Media Sdn Bhd ini berkisarkan pengembaraan seorang remaja untuk bertemu dengan pasukan pujaannya bagi merealisasikan impian arwah bapanya yang tidak kesampaian. Jejak-Warriors.jpg Menurut Penerbit Eksekutif bagi pihak TRW, Azzwaa Annuar, “Ia bukan kisah pasukan Kelantan semata-mata. Jejak Warriors adalah kisah peminat tegar dan keluarga besar sukan bola sepak tidak mengira jantina, bangsa, atau usia. Ia sarat dengan mesej kemasyarakatan dan kesukanan serta relevan buat semua penyokong pasukan bola sepak di Malaysia. Sebuah filem yang akan menaikkan semangat penggemar bola sepak tempatan, penuh dengan unsur suka, duka dan komedi.”
Filem Jejak Warriors dibintangi sendiri oleh para pemain TRW seperti Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal, Wan Zaharulnizam, Fitri Omar dan Ahmad Fakri Saarani. Beberapa artis terkemuka turut menjayakan filem ini. Antaranya Adik Aliff Firdaus, Nadiya Nisaa, Pekin Ibrahim, Allahyarhan Harun Salim Bachik, Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Radhi Khalid, Bell Ngasri dan Amir Raja Lawak.
Jejak Warriors akan ditayangkan di lebih 60 buah pawagam di seluruh Malaysia mulai 27 Ogos ini. Filem ini menjadikan TRW pasukan bola sepak pertama di Malaysia yang menerbitkan filem sendiri dan mempelopori layar Perak.
Topic Berkaitan
##
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan