Forum Ekonomi Dunia (WEF) telah menyenaraikan Malaysia sebagai negara ke-24 paling berdaya saing daripada 148 negara dalam Laporan Daya Saing Globalnya (GCR) 2013-2014.
Tahun lepas, Malaysia menduduki tempat ke-25 daripada 144 negara, demikian menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dalam satu kenyataan.
Malaysia kekal sebagai negara kedua paling berdaya saing dalam kalangan negara-negara anggota Asean dan meningkat ke kedudukan ketujuh daripada 25 negara Asia Pasifik.
Menurut Kementerian itu, negara-negara yang disenaraikan sebagai 10 negara paling berdaya saing mempunyai kekuatan dalam inovasi dan rangka kerja institusi yang kukuh.
GCR menggunakan 70 peratus data persepsi yang diperoleh melalui Tinjauan Pendapat Eksekutif daripada eksekutif sektor swasta peringkat tinggi dan 30 peratus data statistik.
Laporan itu terdiri daripada 114 kriteria yang disusun dalam 12 teras daya saing.
GCR juga mengkategorikan negara kepada tiga peringkat pembangunan; didorong oleh faktor, dipacu oleh kecekapan dan dirangsang oleh inovasi berdasarkan kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita.
Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara dalam peralihan yang bergerak daripada dipacu kecekapan kepada ekonomi yang didorong oleh inovasi.
Menurut Miti, WEF menilai kelebihan yang paling ketara di Malaysia adalah dalam pasarannya yang cekap dan berdaya saing untuk barangan dan perkhidmatan (ke-10), pasaran kewangan yang berkembang dengan baik dan kukuh (keenam), dan rangka kerja institusi mesra perniagaan (ke-29).
Prestasi ini disokong oleh penunjuk yang termasuk beberapa prosedur untuk memulakan perniagaan, dengan Malaysia berada pada kedudukan ke-10 dan jumlah kadar cukai, yang bertambah baik sebanyak 30 kedudukan (ke-20).
Malaysia juga mengekalkan kedudukannya di tempat keenam dalam teras pembangunan pasaran kewangan, yang telah menjadi salah satu bidang paling kuat Malaysia dengan prestasi konsisten pada tahun-tahun kebelakangan ini.
Antara kriteria yang menyumbang kepada teras ini ialah kemudahan akses kepada pinjaman (kelima) dan ketersediaan modal teroka (ketujuh).
Mengikut teras institusi, petunjuk yang menyumbang kepada peningkatan kedudukan adalah kekuatan standard laporan dan audit (ke-27, meningkat tiga kedudukan) dan tingkah laku etika firma (ke-28, naik lima kedudukan).
Bagaimanapun, Miti menyatakan bahawa WEF mengingatkan Malaysia perlu menghadapi dan menangani beberapa cabaran yang lebih penting kepada daya saing Malaysia termasuk defisit belanjawan kerajaan, kedudukan rendah yang berterusan bagi penyertaan wanita dalam tenaga kerja dan kesediaan teknologi.
Menurut Miti, meskipun Malaysia naik dalam kedudukan ranking tahun ini, kerajaan menyedari bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan.
Langkah-langkah seperti rasionalisasi subsidi, cadangan untuk memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan serta peningkatan dalam kualiti pendidikan dan latihan penting untuk meningkatkan daya saing Malaysia.
Kerajaan juga perlu memberi keutamaan kepada langkah-langkah untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja.
Walaupun kerajaan akan meningkatkan usaha untuk melaksanakan Program Transformasi Ekonomi, sektor swasta juga perlu memainkan peranan untuk memastikan Malaysia terus mencapai peningkatan dalam kedudukan, demikian menurut Miti.
Ini penting bagi Malaysia supaya negara akan terus menjadi destinasi pelaburan pilihan dan tempat yang menarik untuk menjalankan perniagaan.
Bernama
Tue Sep 03 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
MATRADE tingkat pemasaran digital, penjenamaan global PMKS Sarawak
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menganjurkan program penanda aras bagi syarikat peringkat pertengahan (MTC).
Proton dan Geely akan teroka aktiviti peningkatan model
Proton juga akan dapat meningkatkan daya saingnya dengan memanfaatkan jejak global Geely.
Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM
Kedudukan Malaysia yang merosot dalam Indeks Daya Saing Global IMD 2024 tidak wajar dipersalahkan kepada kerajaan semasa.
Hong Kong lonjak tangga kelima ranking daya saing dunia
Ranking itu turut menyaksikan Hong Kong menduduki tempat teratas bagi kategori 'dagangan antarabangsa' dan 'peraturan perniagaan'.
Kerajaan, sektor perniagaan perlu bekerjasama tingkatkan daya saing
Kerajaan dan sektor perniagaan perlu bekerjasama sebagai 'Team Malaysia' untuk meningkatkan daya saing negara, menurut Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA).
Malaysia tempat ke-34 ranking daya saing dunia IMD 2024, jatuh tujuh anak tangga
Cabaran utama bagi Malaysia adalah untuk meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan.
Korea Selatan rancang mendarat di bulan pada 2032, kibar bendera di Marikh 2045
Yoon mengumumkan bahawa Korea Selatan akan berusaha merealisasikan projek angkasa lepas untuk menghantar kenderaan penerokaan angkasa lepas ke bulan menjelang 2032.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Peguam Negara dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah AIAC Malaysia
Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Malaysia.
Tabung pecutan transformasi bumiputera bantu lonjak syarikat ke tahap tinggi
Tabung itu antara cadangan dikemukakan 970 peserta sepanjang sesi libat urus kumpulan Daya Saing Perusahaan Bumiputera sempena KEB.