awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WhatsApp bangunkan ciri Username Key untuk kawalan mesej lebih peribadi

Amanz
Amanz
02/08/2025
05:30 MYT
WhatsApp bangunkan ciri Username Key untuk kawalan mesej lebih peribadi
WhatsApp memperkenalkan Username Key sebagai kawalan tambahan untuk mengurangkan mesej tidak diingini melalui nama pengguna. -Amanz
WHATSAPP membangunkan ciri baharu dikenali sebagai Username Key sebagai penjenamaan semula kepada Username PIN yang diumumkan sebelum ini dengan pendekatan lebih jelas dari segi fungsi dan kawalan mesej peribadi.

Ringkasan AI
  • WhatsApp memperkenalkan Username Key sebagai kawalan tambahan untuk mengurangkan mesej tidak diingini melalui nama pengguna.
  • Pengguna boleh tetapkan kod unik untuk individu yang ingin menghantar mesej buat kali pertama, dan ciri ini adalah pilihan, bukan automatik.
  • WhatsApp akan beri pemberitahuan kepada pengguna yang belum aktifkan Username Key, dan ciri ini dijangka hadir dalam kemas kini akan datang.

Username Key boleh bantu mengurangkan lambakan mesej tidak diingini dengan menyediakan kawalan tambahan terhadap siapa yang boleh menghubungi pengguna melalui nama pengguna.
Pengguna turut boleh menetapkan kod unik yang perlu dimasukkan oleh individu pertama kali yang ingin menghantar mesej melalui saluran ini.
Ciri ini berkonsep pilihan yang bermakna ia tidak diaktifkan secara automatik. Ia sesuai untuk pengguna yang ingin mengehadkan perbualan kepada kenalan yang dipercayai sahaja.
Selain itu, WhatsApp turut merancang untuk memaparkan pemberitahuan di bahagian atas tab Chat bagi pengguna yang telah menetapkan nama pengguna tetapi belum mengaktifkan Username Key sebagai usaha meningkatkan kesedaran tentang perlindungan tambahan ini.
Dengan penjenamaan semula ini, WhatsApp menekankan bahawa Username Key bukan ciri keselamatan akaun sebaliknya berfungsi sebagai kawalan akses perbualan.
Buat masa ini, ia masih dalam fasa pembangunan dan dijangka diperkenalkan melalui kemas kini akan datang. -Amanz
Topic Berkaitan
#WhatsApp
#Username Key
#kurangkan mesej tidak diingini
#kawalan tambahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan