awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
12 Orang Asli ditahan disyaki ceroboh tanah di Rompin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Windows 11 benarkan pengguna kawal aplikasi boleh guna AI

Amanz
Amanz
13/06/2024
10:45 MYT
Windows 11 benarkan pengguna kawal aplikasi boleh guna AI
Tetapan ini dilihat akan berada di bawah Privacy & Security yang kini mempunyai kategori baharu iaitu Generative AI. -Amanz
WINDOWS 11 telah dikemas kini dengan sokongan ciri AI generatif secara menyeluruh untuk laptop dan komputer AI PC serta Copilot+.
Antara ciri yang menarik adalah Recall di mana ia mengingati semua aktiviti pengguna termasuk aplikasi dan fail.
Memandangkan ciri ini mempunyai kerentanan sekuriti yang serius, ia tidak diaktifkan secara lalai.
Malah, baru-baru ini terdapat informasi mendedahkan Windows 11 kelak akan membenarkan pengguna mengawal aplikasi mana yang boleh menggunakan kecerdasan buatan generatif.
Tetapan ini dilihat akan berada di bawah Privacy & Security yang kini mempunyai kategori baharu iaitu Generative AI.
Di dalamnya terdapat dua pilihan yang pertama adalah Generative AI access dan kedua adalah Let apps use generative AI.
Dengan ciri ini pengguna bebas memilih aplikasi secara individu yang mana boleh menggunakan teknologi baharu ini.
Bukan itu sahaja, berdasarkan kod yang ditemui Windows 11 turut akan meminta kebenaran pengguna jika sesuatu aplikasi ingin menggunakan kecerdasan buatan generatif.
Ciri baharu ini turut akan diberikan kepada peranti Windows 11 untuk perusahaan kerana pentadbir dibenarkan mematikan ciri kecerdasan buatan generatif agar pekerja yang menggunakan peranti Windows tidak boleh menggunakannya.
Buat masa ini masih tidak pasti bila ciri ini akan diberikan kepada semua pengguna. Apa yang pasti ia terhad untuk laptop atau komputer dengan cip siri Snapdragon X dahulu kerana itu sahaja yang layak menggunakan ciri kecerdasan buatan generatif Windows. -Amanz
Topic Berkaitan
#AI Generatif
#Windows 11
#recall
#kecerdasan buatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan