awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wisma Darul Iman ditutup susulan menteri agama positif COVID-19

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
06/10/2020
09:36 MYT
Wisma Darul Iman ditutup susulan menteri agama positif COVID-19
Orang ramai yang mempunyai urusan di Wisma Darul Iman masih dibenarkan untuk berurusan tetapi dinasihatkan membuat temu janji terlebih dahulu. -Astro AWANI
KUALA TERENGGANU:Lebih 500 pegawai dan kakitangan Wisma Darul Iman di sini, diarah melaksanakan kerja dari rumah selama tiga hari bermula hari ini bagi membolehkan pihak pengurusan melaksanakan proses disinfeksi di keseluruhan kompleks berkenaan.
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mohd Zahari Md Azahar, dalam satu notis berkata, ia susulan terdapat pegawai di wisma berkenaan menjadi kontak rapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang disahkan positif COVID-19.
Katanya, arahan penutupan itu berkuat kuasa serta-merta dari Selasa hingga Khamis.
Bagaimanapun kira-kira 100 orang yang bertugas di bahagian kritikal seperti bahagian keselamatan dan pengurusan dikecualikan bagi memastikan kelancaran operasi.
BACA: JHEAT, pejabat agama ditutup susulan menteri agama positif COVID-19
BACA: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri positif COVID-19
Katanya, justeru semua ketua jabatan, ketua bahagian dan ketua unit bertanggungjawab mengenal pasti keperluan pegawai dan kakitangan yang dikehendaki berada di pejabat dalam tempoh berkenaan.
Selain itu semua kakitangan juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) sepanjang tempoh tersebut.
Jelasnya lagi orang ramai yang mempunyai urusan di Wisma Darul Iman masih dibenarkan untuk berurusan tetapi dinasihatkan supaya membuat temu janji terlebih dahulu.
Topic Berkaitan
#wisma darul iman
#Menteri Agama
#positif COVID-19
#SUSK
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan