Kementerian Luar hari ini mengesahkan seramai lima rakyat Malaysia sekeluarga terlibat dalam insiden kemalangan jalan raya di Mesir.
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, kemalangan tersebut berlaku semasa kesemua mangsa dalam perjalanan dari Hurghada ke Kaherah pada 11 pagi Sabtu waktu tempatan.
"Kesemua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke Suez Canal Hospital serta Children Hospital, Cairo bagi menerima rawatan," memetik kenyataan itu.
Tambah Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sedang menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada para mangsa dan akan terus memantau perkembangan terkini keadaan mereka dari semasa ke semasa.
Sebelum itu, laporan agensi berita antarabangsa melaporkan dua rakyat Malaysia dilaporkan antara enam yang terkorban dalam kemalangan membabitkan dua buah bas di jalan menuju ke Laut Merah, di Kaherah, pada Sabtu.
Menurut kenyataan pihak berkuasa kesihatan tempatan, selain pelancong Malaysia, seorang lelaki warga India dan tiga warga Mesir turut disahkan maut.
Media antarabangsa turut melaporkan, 24 lain yang cedera, termasuk beberapa yang parah, dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Astro AWANI akan terus membawa perkembangan terkini dan maklumat terperinci berhubung insiden ini.
Astro Awani
Sun Dec 29 2019
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, kemalangan tersebut berlaku semasa kesemua mangsa dalam perjalanan dari Hurghada ke Kaherah pada 11 pagi Sabtu waktu tempatan. - Foto Fail
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Kaherah jadi tuan rumah World Urban Forum ke-12, mengapa ia penting?
WUF12 akan dihadiri pemimpin negara, menteri serta datuk bandar dari seluruh dunia selain golongan pakar dan aktivis yang berkaitan dengan isu perbandaran, ekonomi dan perubahan iklim.
Rundingan gencatan senjata Gaza berakhir dengan beberapa kemajuan
Menurut negara-negara perantara itu, "jurang yang masih ada" antara Israel dan Hamas Palestin akan ditutup dalam beberapa hari akan datang.
Mesir: Menara bersejarah di Saladin Citadel dibuka semula kepada pengunjung
Dua menara di Saladin Citadel, satu daripada mercu tanda terkenal di ibu negara Mesir dibuka kepada orang ramai pada Ahad selepas menjalani kerja-kerja pemulihan, lapor Xinhua.
32 maut, 60 cedera dalam nahas jalan raya di Mesir
Sekurang-kurangnya 32 maut manakala 60 lagi cedera dalam nahas jalan raya melibatkan beberapa kenderaan termasuk sebuah bas, di Cairo-Alexandria Mesir pada Sabtu.
PM Anwar tiba di Kaherah untuk lawatan kerja dua hari
Hari ini Anwar dijadual menghadap Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Istana Al Ittihadiya.
7 maut, bangunan 5 tingkat runtuh di Kaherah
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut, manakala seorang lagi cedera pada Isnin selepas sebuah bangunan lima tingkat runtuh di ibu negara Mesir.
Kecederaan paksa Azizulhasni lupakan aksi di Kaherah
Azizulhasni terpaksa melupakan aksi di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir bulan ini susulan kecederaan.
3 maut, 32 cedera dalam kebakaran hospital di Mesir
Kebakaran berlaku di jabatan radiologi hospital yang terletak di daerah El Matareya dan 12 ambulans dihantar ke lokasi.
Sukan Olimpik Tokyo: Farah Ann tumpu persiapan di dalam negara
Namun, rutin latihan diteruskan dengan satu kejohanan simulasi sedang dirancang tatkala dia masih dalam rawatan mengatasi kecederaan ringan.
Dua kereta api bertembung di Mesir, 32 maut, 66 lagi cedera
Sekurang-kurangnya 32 orang maut manakala 66 yang lain cedera apabila dua buah kereta api bertembung di bandar Sohag, Mesir pada Jumaat.