awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran lancar tiga satelit buatan tempatan
Rezeky Tomyam 1 raih liputan promosi meluas selepas dinobatkan Pemenang Utama Pertama Kempen Astro BizOne Rewards
IHP Malaysia turun 1.8 peratus pada November 2025 - Jabatan Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Work car' terkandas punca gangguan perkhidmatan monorel

Bernama
Bernama
06/10/2020
10:01 MYT
'Work car' terkandas punca gangguan perkhidmatan monorel
Gangguan perkhidmatan itu berpunca daripada sebuah 'work car' atau jentera penyelenggara yang terkandas. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Gangguan perkhidmatan Monorail Kuala Lumpur (Monorail KL) yang menjejaskan lebih 20,000 pengguna pada waktu puncak pagi tadi, berpunca daripada masalah teknikal melibatkan 'work car' atau jentera penyelenggaraan.
Ketua Pegawai Operasi Laluan Monorel Rapid Rail Sdn Bhd Mohd Ariffin Idris, bagaimanapun berkata kerosakan berkenaan sudah pulih sepenuhnya dan mula beroperasi seperti biasa pada 9.42 pagi.
"Gangguan perkhidmatan itu berpunca daripada sebuah 'work car' (jentera penyelenggara) yang terkandas di Suis 4 disebabkan 'bogie' (kerangka tayar) rosak.
"Keadaan itu menyebabkan tren yang ada di depoh tidak boleh keluar," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di sini, hari ini.
Mohd Ariffin berkata berikutan gangguan tersebut, pihaknya telah mengumumkan perkara itu di semua stesen monorel dan menasihatkan pengguna untuk mendapatkan pengangkutan alternatif ketika kerja baik pulih dijalankan.
"Rapid Rail selaku pengendali perkhidmatan Monorail KL ingin memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pengguna pagi tadi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#monorail KL
#rapid rail
#rosak
#gangguan perjalanan
#Gangguan Perkhidmatan
#kerosakan
#teknikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan