awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WSJ, Sarawak Reports tidak hormati Malaysia - Tengku Sariffuddin

Bernama
Bernama
29/04/2016
11:09 MYT
WSJ, Sarawak Reports tidak hormati Malaysia - Tengku Sariffuddin
TENGKU SARIFFUDDIN: Laporan berita daripada kedua-dua organisasi media itu menunjukkan mereka tidak menghormati negara ini.
Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad hari ini menyelar Wall Street Journal dan Sarawak Reports kerana berbohong dalam laporan mereka mengenai pelantikan Gabenor baharu Bank Negara Malaysia (BNM).
Beliau berkata adalah sesuatu yang mengaibkan apabila nama baik Yang di-Pertuan Agong turut diseret media asing tertentu untuk menyerang Malaysia.
"Laporan bohong mengenai peristiwa penting negara oleh Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Reports (SR) itu menunjukkan mereka tidak menghormati negara ini, kedaulatan kita atau Raja kita," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Tengku Sariffuddin berkata selama sebulan, kedua-dua penerbitan itu secara jahat melaporkan bahawa Najib melantik Tan Sri Irwan Serigar Abdullah, yang kononnya 'sekutu beliau yang mempunyai kaitan dengan 1MDB' untuk menjadi Gabenor baharu Bank Negara Malaysia walaupun pada hakikatnya, tiada keputusan dibuat mengenainya ketika itu.
Menurutnya, kedua-dua penerbitan itu kemudian melaporkan bahawa Perdana Menteri membuat 'Pusingan U' berikutan pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor baharu bank pusat itu, dan mereka-reka cerita dengan mendakwa bahawa sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong telah menandatangani watikah pelantikan Irwan, dan dipujuk supaya menukar nama yang dicalonkan.
"Seri Paduka dan Tan Sri Irwan telah secara terbuka menyatakan bahawa perkara itu tidak benar. Seri Paduka hanya menandatangani satu pelantikan - bagi Datuk Muhammad pada 26 April 2016 - dan Tan Sri Irwan tidak pernah ditawarkan jawatan itu," katanya.
Gabenor baharu
Timbalan Gabenor sekarang, Muhammad, 56, dinamakan Gabenor baharu bank pusat itu bagi menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang akan bersara hujung bulan ini.
Muhammad, yang menyertai Bank Negara Malaysia pada 1984 dan dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada Jun 2010, akan menyandang jawatan itu selama lima tahun, berkuat kuasa 1 Mei ini. Tengku Sariffuddin berkata WSJ dan SR tidak mampu memberi walaupun secebis bukti bagi menyokong laporan mereka kerana ia dibuat dengan tidak berasaskan fakta, tetapi semata-mata berdasarkan sumber tidak dikenali, yang mungkin tidak langsung wujud.
Atau, katanya, mereka hanyalah satu lagi proksi bagi Kempen Anti-Najib Tun Mahathir, yang pembohongannya diterima dengan begitu mudah oleh WSJ dan SR.
Tengku Sariffuddin berkata kini tiba masanya WSJ dan SR dipanggil berikutan kempen mereka yang bersifat dendam terhadap Malaysia. "Pembohongan mereka kini terbukti dan rakyat Malaysia perlu sedar bahawa tiada satu pun laporan mereka boleh dipercayai," katanya.
Topic Berkaitan
#media asing
#Sarawak Reports
#Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad
#Wall Street Journal
#WSJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan