awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WTCKL diiktiraf dengan label SafeBE

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2022
09:22 MYT
WTCKL diiktiraf dengan label SafeBE
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim pengurniaan sijil SafeBE itu sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan WTCKL sebagai sebuah mercu tanda di ibu negara - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) telah berjaya diiktiraf dengan label “Safe Business Events (SafeBE)” Hygiene & Safety oleh Bureau Veritas (M) Sdn Bhd pada 7 Februari lalu.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, pengurniaan sijil SafeBE itu sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan WTCKL sebagai sebuah mercu tanda di ibu negara.
“Akreditasi ini akan menjadi satu lagi lonjakan ke hadapan buat WTCKL dan ia menunjukkan kesungguhan dan komitmen kami terhadap kualiti kebersihan dan tahap keselamatan di premis kami.
“Kami menerima pakai teknologi terkini dan mempraktikkan prosedur operasi standard (SOP) yang sangat ketat dalam memastikan tempat ini mematuhi kriteria ketat yang telah ditetapkan.
“Akreditasi ini bukan sahaja akan membina keyakinan dalam kalangan penganjur acara dan orang ramai, tetapi ia juga akan menyediakan persekitaran yang selamat, terjamin dan dikawal dengan baik untuk memulakan industri acara perniagaan pasca COVID-19 dan juga membuka jalan kepada pemulihan acara perniagaan” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Khamis.
Program Pensijilan SafeBE dilancarkan oleh Persatuan Penganjur dan Pembekal Konvensyen dan Pameran Malaysia (MACEOS) untuk menyemai keyakinan orang ramai dan juga menyokong pemulihan ekonomi negara dalam acara perniagaan.
Pensijilan tersebut hanya akan diberikan kepada pusat pameran dan konvensyen yang memenuhi SOP ketat yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan disyorkan oleh agensi kesihatan Malaysia, serta diaudit secara bebas oleh Bureau Veritas.
Program berkenaan melaksanakan rangka kerja antarabangsa yang memastikan fasiliti di lokasi adalah selamat, bersih dan diperakui mengikut piawaian langkah kesihatan dan keselamatan tertinggi.
Ia seterusnya dapat mengekalkan persekitaran yang selamat dan terjamin untuk semua penganjur dan peserta.
Topic Berkaitan
#WTCKL
#COVID-19
#SafeBE
#kualiti kebersihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan