KUALA LUMPUR:Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bersedia menawarkan ruang dewan sebagai pusat vaksinasi sempena Rancangan Vaksinasi Nasional yang dijadualkan bermula bulan ini.
Pengarah Eksekutif WTCKL, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, usaha bagi menyokong kerajaan untuk memvaksin 70 peratus penduduk di negara ini.
Katanya, WTCKL mempunyai kapasiti seluas 13,456 meter per segi yang merangkumi lima dewan dan 19 bilik serba guna adalah mencukupi untuk membantu proses vaksinasi serta pemulihan kesihatan awam dan ekonomi Malaysia.
"WTCKL merupakan sebuah lokasi yang sangat strategik untuk dijadikan pusat vaksinasi kerana ia menawarkan ruang yang cukup luas dengan kemudahan seperti tempat letak kereta yang mencukupi, laluan masuk yang berbeza dan mempunyai ruang menunggu serta zon vaksinasi.
"Kami bermatlamat untuk membantu mengurangkan bebanan kemudahan kesihatan awam dan membantu memastikan proses pemulihan ini berjalan dengan lancar," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Kerajaan sebelum ini memperuntukkan sebanyak RM2 bilion untuk pembelian vaksin COVID-19 ini diharapkan dapat memulihkan dan mengawal penularan virus ini di Malaysia.
Mengulas lanjut, Irmohizam yang juga Pengerusi Persidangan dan Pameran Asia Pasifik (APAC) Majlis Penasihat Anggota (MAC), Persatuan Pusat Dagangan Dunia (WTCA) berkata, inisiatif itu juga dapat membantu pusat-pusat kesihatan mengurangkan kos operasi dan bebanan logistik.
Menurutnya, tawaran ruang itu juga boleh digunakan sebagai tempat penyimpanan vaksin, peralatan kesihatan dan bekalan perubatan.
"Pelbagai pameran dan konvensyen tempatan serta antarabangsa yang telah diadakan di sini sejak tahun 1985 dan kini WTCKL terus menawarkan perkhidmatannya sehingga ke hari ini," katanya.
Fauzi Suhaimi
Tue Feb 02 2021
Irmohizam berkata, usaha bagi menyokong kerajaan untuk memvaksin 70 peratus penduduk di negara ini. - Gambar fail
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Pemilu 2024: Undi awal di WTCKL sedikit kecoh
Di sebalik semangat rakyat Indonesia untuk menjalankan tanggungjawab bagi Pemilu dan Pilpres, keadaan di WTCKL dilihat kecoh.
Pemilu 2024: Hari bersejarah buat WTCKL - Irmohizam
Pemilihan WTCKL sebagai lokasi undi awal bagi Pemilu dan Pilpres Indonesia disifatkan sebagai hari paling bersejarah sejak penubuhannya.
Pemilu 2024: Pesta demokrasi ketiga terbesar di dunia buka tirai dengan undi awal
Dianggarkan seramai 832,420 rakyat Indonesia yang menetap di negara ini dan berdaftar sebagai pemilih akan menunaikan tanggungjawab mereka.
Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah 1445h
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Rabu ini.
Selepas 25 tahun, Anwar kembali ke PAU
Perdana Menteri, yang memakai Baju Melayu berwarna biru, tiba pada jam 9 pagi dan disambut Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sambutan luar biasa, lebih 1.43 juta pengunjung hadir PBAKL ke-40
Angka tersebut turut mengatasi jumlah kunjungan pada edisi ke-39 yang merekodkan seramai 1.3 juta pengunjung.
PBAKL 2023 dapat sambutan meriah golongan muda
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 yang bermula Jumaat lalu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) mendapat sambutan meriah terutama daripada golongan muda.
WTCKL jalin kerjasama dengan WTC Xiamen - Irmohizam
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pusat Dagangan Dunia Xiamen hari ini.
Hooray X Fest Raya: Batal di saat akhir, vendor 'naik angin' terhadap penganjur
Menurut vendor, pihak penganjur membatalkan pesta beli-belah 72 jam tanpa henti di WTCKL itu sekitar jam 3 petang semalam.
PM buka puasa bersama pengamal media, penggiat seni tanah air
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa meluangkan masa dengan menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama pengamal media.