awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wujud 'Hall of Fame' tokoh kelahiran Ipoh, termasuk Michelle Yeoh

Aida Aziz
Aida Aziz
14/03/2023
23:00 MYT
Wujud 'Hall of Fame' tokoh kelahiran Ipoh, termasuk Michelle Yeoh
Michelle Yeoh dinobat Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) ke-95 di Los Angeles pada 12 Mac lalu, menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once. (Foto AP)
IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bercadang mewujudkan 'Hall of Fame' atau muzium khas bagi menghargai tokoh kelahiran bandar raya ini yang berjaya mengharumkan nama negara.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, antara barisan tokoh itu termasuk Tan Sri Michelle Yeoh yang diumum Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) ke-95 baru-baru ini.
"Kita mengucapkan tahniah dan syabas kepada Michelle. Memang kalau boleh, bagi saya, beliau menjadi pempengaruh kepada bandar raya Ipoh itu sendiri.
"Beliau bawa nama bandar raya ini ke peringkat antarabangsa. Dengan kejayaan yang dicapai, kita harap nama Ipoh akan lebih berkembang, supaya menarik pelancong antarabangsa ke sini.
"Untuk buat muzium kita ada cadangan, dan sedang teliti beberapa tokoh yang sesuai. Mungkin kita akan buat Hall of Fame, bukan sahaja untuk Michelle, tetapi ada beberapa lagi individu.
"Sebenarnya di Ipoh ini ada beberapa nama besar lagi yang kita boleh letakkan sekali," katanya kepada media selepas menyempurnakan prapelancaran Green Green Restoran dan Kafe di Bandar Meru Raya di sini semalam.
Michelle atau nama sebenarnya, Yeoh Choo Kheng, 61 tahun, diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan mantapnya sebagai Evelyn Quan Wang dalam filem 'Everything Everywhere All at Once'.
Lebih membanggakan, pelakon kelahiran Ipoh itu merupakan aktres Asia pertama yang berjaya menggenggam trofi berprestij tersebut.
Topic Berkaitan
#Ipoh
#Michelle Yeoh
#Hall of Fame
#tokoh kelahiran Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan