ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa berlaku kegiatan 'kartel projek' oleh pihak tertentu yang membolot tender yang dikeluarkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik kerajaan negeri.
Katanya kerajaan negeri sedang meneliti perkara itu dan mencari jalan bagi membanteras kegiatan yang menurutnya dilakukan oleh 'tauke-tauke' besar.
"Saya nak berterus teranglah, di GLC nampak ada yang jadi kartel. Kalau ada 10 sebut harga masuk, sembilan dia (kartel) punya. Saya rasa bukan GLC di negeri sahaja, di peringkat Persekutuan pun berlaku macam itu.
"Di semua tempat, sudah ada kartel-kartel yang begitu mencengkam di agensi-agensi atau tempat di mana ekonomi dan duit dijana," katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Johari Abdul (PKR-Gurun) yang bertanya sama ada kerajaan negeri bersedia menutup GLC yang tidak menjana keuntungan.
Muhammad Sanusi berkata apabila ada projek-projek yang ditawarkan, kartel berkenaan akan menghantar banyak sebut harga menyebabkan mereka mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat projek.
"Ini berlaku di semua sistem ekonomi kita, bukan di Kedah sahaja, tetapi juga di Kuala Lumpur terjadi. Saya harap di Kedah ini kita dapat atasi dan kita akan perangi semua kartel yang ada," katanya.
Dalam sidang media selepas persidangan DUN, beliau berkata isu itu dikatakan telah berlaku sekian lama, ada syarikat kontraktor yang sering mendapat projek-projek yang ditawarkan oleh GLC tertentu sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan kontraktor lain.
"Jika perkara ini telah diatasi di peringkat GLC saya ucapkan terima kasih, jika belum, tidak kiralah GLC mana pun perkara ini perlu dihentikan, berikan keadilan kepada semua orang," katanya.
Beliau menambah, sekiranya perkara itu masih berlaku pihaknya akan mengambil tindakan melaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan agar isu berkenaan tidak menjadi barah yang merosakkan ekonomi negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 18 2021
Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri sedang meneliti perkara itu dan mencari jalan bagi membanteras kegiatan yang menurutnya dilakukan oleh 'tauke-tauke' besar. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
GLC, swasta diseru laksana CSR bantu mangsa banjir
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta diseru bersama agensi kerajaan untuk turun padang membantu mangsa terjejas banjir.
UTM tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan selepas terus mencatatkan kadar kebolehpasaran 100 peratus.
Galakan pendapatan pelaburan asing dibawa balik tidak libat jual aset di luar negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata justeru itu syarikat GLC dan GLIC akan terus dapat mengekalkan strategi pelaburan mereka di luar negara.
Isu FashionValet: Speaker Dewan Rakyat rasa 'tidak masuk akal'
Isu pelaburan yang merekodkan kerugian melibatkan FashionValet antara topik dibangkitkan di Dewan Rakyat pada Isnin.
PM arah Khazanah laksana audit dalaman kerugian pelaburan RM43.9 juta
Arahan ini selaras pengumuman agar Jabatan Audit Negara mengaudit 2,000 GLC bagi meningkatkan tadbir urus dan memastikan syarikat memenuhi tanggungjawab.
Ketua Audit Negara diberi kuasa audit akaun 1,856 badan lain, GLC
Jabatan Audit Negara sedang membangunkan garis panduan untuk pelaksanaan pengauditan syarikat GLC.
Ahli politik wajar lepas jawatan sebelum sertai GLC - Pakar
Langkah ini penting bagi memastikan ahli politik fokus kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan penggubal undang-undang yang baik.
Parlimen: Lantikan Ahli Lembaga GLIC, GLC ikut kelayakan, tak diskriminasi ahli politik - PM Anwar
Anwar menegaskan kerajaan tidak pernah mengamalkan diskriminasi antara calon politik atau bukan, dalam pelantikan Ahli Lembaga Pengarah GLIC dan GLC.
Parlimen: Audit ke atas 2,000 syarikat GLC bakal 'cetus' kejutan - Anwar
Kerajaan bersetuju supaya Jabatan Audit Negara melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat GLC bagi mewujudkan era tadbir urus lebih baik.
2,000 GLC akan diaudit mulai tahun depan - Ketua Audit Negara
Jabatan Audit Negara (JAN) akan melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mulai tahun depan dalam usaha mewujudkan era baharu tadbir urus di Malaysia.