KUALA LUMPUR: Wujudkan kedai harga rendah dengan menawarkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan antara cadangan pakar ekonomi dalam menangani isu kos sara hidup ketika ini.
Penganalisis ekonomi Prof Madya Dr Yusof Saari mencadangkan kedai harga rendah itu dibuka di kawasan penempatan golongan B40 dan M40 bagi memastikan golongan sasar itu benar-benar memperoleh faedah berkenaan.
"Dengan mewujudkan kedai harga rendah ini, golongan B40 dan M40 dapat menerima manfaat dan penjimatan dalam perbelanjaan harian.
Bagi memastikan manfaat ini diterima golongan sasar, kerajaan boleh menyediakan kad khas dan hanya individu mempunyai kad ini sahaja boleh membeli di kedai berkenaan," katanya sebagai tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk "Menangani Kos Sara Hidup, Peranan Siapa?", malam tadi.
Turut menjadi tetamu program berkenaan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Roziah Abudin.
Selain itu, Yusof mencadangkan agar kerajaan melaksanakan tinjauan mengenai subsidi diberikan kepada orang ramai seperti subsidi minyak masak paket satu kilogram bagi melihat inisiatif yang dilaksanakan kerajaan berkesan atau sebaliknya.
Sementara itu, Roziah berkata negara mengamalkan sistem ekonomi pasaran terbuka dan dalam sistem berkenaan, harga tidak dapat dijangka, justeru timbul kekhuatiran berlaku peningkatan harga barangan secara mendadak.
"Di sinilah kerajaan mainkan peranan, intervensi kerajaan bagi memastikan harga tidak naik secara mendadak... inilah dilakukan kerajaan ketika ini dalam memastikan industri dan peniaga terjaga manakala kebajikan pengguna terbela sekali gus mencapai titik keseimbangan antara industri dan pengguna," katanya.
Beliau berkata antara usaha dilakukan kerajaan dalam menangani kos sara hidup hari ini antaranya mengekalkan subsidi minyak masak dalam paket dan tidak mengapungkan harga ayam dengan meneruskan subsidi serta menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022
YUSOF: Dengan mewujudkan kedai harga rendah ini, golongan B40 dan M40 dapat menerima manfaat dan penjimatan dalam perbelanjaan harian. -Gambar fail/Facebook mohdyusof.saari.9
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
1,586 pelajar pintar ikuti pengajian di Pusat PERMATA@Pintar Negara UKM sejak 2011
70 peratus daripada 1,586 pelajar yang berjaya mengikuti pengajian di Pusat PERMATA@Pintar Negara adalah daripada golongan B40 dan M40.
Parlimen: Individu tidak kemas kini Padu mungkin gagal dapat bantuan kerajaan
Individu yang tidak mengemas kini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (Padu) kemungkinan akan tertinggal daripada menerima bantuan dan subsidi kerajaan.
SST menyebabkan perbelanjaan rakyat Sabah lebih tinggi - CAPS
Kenaikan cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus telah menyebabkan perbelanjaan harian rakyat Sabah lebih tinggi.
Tiada peruntukan, ada Ahli Parlimen PN jatuh ke golongan B40 - Abdul Latiff
Selepas beberapa hari mendapat elaun, ada yang terus menjadi golongan B40 kerana wang tersebut terpaksa dikongsikan kepada rakyat terutamanya di awal musim persekolahan seperti sekarang.
Johor rancang manfaatkan tanah terbiar untuk pertanian
Kerajaan Johor merancang untuk memanfaatkan tanah terbiar milik kerajaan ataupun persendirian di negeri itu agar ia dapat digunakan untuk tujuan pertanian, sekali gus dapat menambah hasil pertanian.
'Tiada beza pun saya dengan orang lain' - Che Ta nafi hina golongan B40
Che Ta berkata kenyataan tidak benar itu boleh mengundang kecaman orang ramai terhadap selebriti.
Jualan Rahmah bantu rakyat buat persediaan sambut puasa
Pembeli yang ditemui memberitahu, Jualan Rahmah menjadi platform yang membantu menjimatkan perbelanjaan golongan B40.
Johor peruntuk RM63.5 juta baik pulih PPR, RSK
Johor memperuntukkan sebanyak RM63.5 juta untuk kerja-kerja membaik pulih PPR dan Rumah Sewa Kerajaan di seluruh negeri.
Tiga bulan beras tempatan tiada di pasaran
Tinjauan Sinar Harian mendapati hanya kategori import mudah didapati dan dijual dengan harga sekitar RM20 bagi 5kg serta RM71 untuk 10kg.
RM5 juta untuk Jualan Kasih Johor - Onn Hafiz
Johor memperuntukkan RM5 juta bagi program Jualan Kasih Johor (KASIH) di 300 lokasi di seluruh negeri sepanjang tahun ini.