awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wujudkan lebuh raya pintar, elak kemalangan babitkan kenderaan lebih muatan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
04/04/2021
06:31 MYT
Wujudkan lebuh raya pintar, elak kemalangan babitkan kenderaan lebih muatan
Dr Law Teik Hua menjelaskan dengan adanya lebuh raya berkonsepkan pintar, syarikat konsesi dapat melakukan pemantauan menerusi kamera. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadangkan untuk memperkenalkan lebuh raya pintar yang dilengkapi kamera di seluruh negara bagi mengelakkan kemalangan membabitkan kenderaan lebih muatan.
Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Law Teik Hua menjelaskan dengan adanya lebuh raya berkonsepkan pintar, syarikat konsesi dapat melakukan pemantauan menerusi kamera.
"Ia adalah jalan raya yang menggabungkan rangkaian teknologi yang membolehkan pihak pengurusan dapat melakukan pemantauan menerusi kamera," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Teik Hua yang juga Ahli Gabungan Keselamatan Jalan Raya, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menjelaskan, bergantung sepenuhnya kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja tidak akan menyelesaikan atau mengelakkan daripada berlakunya kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan membawa lebih muatan.
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan penggunaan aplikasi pintar oleh pengguna lebuh raya.
"Dengan adanya alat pintar ini, pengguna boleh membuat aduan terus kepada pihak berkaitan jika ternampak mana-mana kenderaan melebihi muatan yang ditetapkan," ujarnya lagi.
Akhbar sebelum ini melaporkan sebanyak 776 kemalangan dilaporkan pihak PLUS Malaysia Bhd (PLUS) berlaku akibat daripada barang-barang yang jatuh daripada kenderaan di laluan lebuh raya pada tahun lalu.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor Nazli Md Taib berkata, statistik itu adalah sesuatu yang membimbangkan, malah pihak PLUS juga melaporkan sebanyak 19,218 item objek dikutip sepanjang tahun lalu.
Kenderaan berat lebih muatan ancam pengguna lain
Topic Berkaitan
#muatan lebih
#kemalangan
#PLUS
#Polis Diraja Malaysia
#lebuh raya
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#MIROS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan