awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yaman umum tindakan tegas selepas tragedi bot karam ragut 92 nyawa migran

Bernama
Bernama
14/08/2025
04:40 MYT
Yaman umum tindakan tegas selepas tragedi bot karam ragut 92 nyawa migran
Migran sanggup menempuh perjalanan berbahaya di sepanjang Laluan Timur, yang menghubungkan rantau Afrika ke Yaman dan seterusnya ke negara-negara Teluk. - Gambar hiasan/ Reuters
ADEN (Yaman): Pihak berkuasa Yaman pada Rabu mengumumkan tindakan tegas terhadap rangkaian penyeludupan yang membawa migran Afrika melalui negara itu, susulan tragedi bot karam di perairan selatan wilayah Abyan awal bulan ini yang mengorbankan lebih 90 migran Ethiopia, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Pihak berkuasa Yaman mengumumkan tindakan tegas terhadap rangkaian penyeludupan migran Afrika susulan tragedi bot karam di Abyan yang meragut 92 nyawa.
  • Langkah keselamatan termasuk rampasan kenderaan dan bot yang digunakan dalam penyeludupan serta seruan kepada orang awam untuk melaporkan kegiatan berkaitan.
  • Yaman kekal sebagai laluan transit utama migran ke negara Teluk, dan IOM memberi amaran insiden serupa mungkin berulang akibat perjalanan berisiko di Laluan Timur.

Polis Abyan dalam satu kenyataan menegaskan mereka akan mengambil "tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang didapati terlibat dalam mengangkut atau menyeludup pelarian dan pendatang tanpa dokumen dari negara-negara Afrika."
Menurut langkah itu, pasukan keselamatan akan merampas kenderaan, bot dan apa sahaja alat pengangkutan yang digunakan dalam operasi penyeludupan.
Pihak berkuasa turut menggesa orang ramai bekerjasama dengan pasukan keselamatan untuk melaporkan sebarang kegiatan penyeludupan atau kewujudan kumpulan migran tanpa dokumen.
Tragedi bot karam di pesisir Abyan meragut 92 nyawa, manakala sebahagian lagi mangsa masih hilang.
Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) memberi amaran bahawa insiden seumpama ini berkemungkinan berulang kerana migran sanggup menempuh perjalanan berbahaya di sepanjang Laluan Timur, yang menghubungkan rantau Afrika ke Yaman dan seterusnya ke negara-negara Teluk.
Yaman kekal menjadi laluan transit utama bagi migran yang mencari pekerjaan di negara Teluk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yaman
#bot karam
#penyeludupan migran
#negara Afrika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan