Skip to main content

Malaysia

Yang di-Pertuan Agong tinjau perairan Mersing, berkenan selam ke dasar laut

[TB]_AGONG TINJAUAN_FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Seri Paduka Baginda turut berkenan menyelam ke dasar laut sebagai sebahagian daripada tinjauan terhadap keadaan ekosistem marin di kawasan berkenaan. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengemudi bot laju sambil meninjau persekitaran perairan Mersing, Johor pada Rabu.

Seri Paduka Baginda turut berkenan menyelam ke dasar laut sebagai sebahagian daripada tinjauan terhadap keadaan ekosistem marin di kawasan berkenaan. 

Tinjauan itu mencerminkan keprihatinan Sultan Ibrahim terhadap aspek kebersihan pantai, pemeliharaan ekosistem marin serta kelestarian alam sekitar. 

Baginda turut berkongsi beberapa gambar dan rakaman aktiviti tinjauan berkenaan menerusi laman Facebook rasmi Baginda.

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement