Anak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meluahkan rasa hati berkenaan cercaan dan hinaan yang dibuat di media sosial kepada bapanya.
Azira Hafiza Ahmad Bashah memuat naik status berbaur kecewa itu pada Khamis apabila bapanya dicerca sebagai ‘kaki tidur’ dan ‘hanya punya SRP’ susulan perlantikan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Status berkenaan menjadi perhatian apabila, Azira turut menulis mengenai pengorbanan bapanya terhadap negeri Kedah yang mungkin tidak ramai yang mengetahuinya.
“Kaki “tidur”, yang dicerca, dikeji, dimaki tu adalah abah saya. Saya bangga dengan beliau. Lawak bila orang yang tak pernah kenal, tak pernah bersua, baca entah dari sumber yang mana, tak pernah tegur, boleh bercakap macam-macam,” tulis Azira.
Azira turut bersedih apabila kelulusan bapanya menjadi satu penghinaan dan bahan jenaka netizen.
“Ya. Abah sekolah tak tinggi. Tak ada Master, tak ada PHD, apatah lagi diploma, bukan kelulusan luar negara, apatah lagi ahli motivasi/professional trainer. Haha. Sebab abah yang kena ambil alih tugas seorang ayah untuk keluarga dia. Jaga kakak, dan adik-beradik lain lepas ayah abah meninggal. Kerja jual telur ayam, jual durian, kelindan lori, you name it. Tapi kalau tengok adik-beradik abah Alhamdulillah semua berkelulusan tinggi dan ada yang dari luar negara.
Malah Azira turut mempersoalkan penghinaan yang diberikan netizen terhadap bapanya yang dianggapnya keterlaluan kerana ramai tidak tahu mengenai pengorbanan bapanya.
“Siapa yang tengok dan tahu susah payah dia dan jentera yang lain lepas Kedah kalah dalam sejarah dulu. Bila nak dekat GE13 anak-anak tak payah cakap, berapa hari yang kami dapat jumpa sembang dengan abah. Nak jumpa pun tak menyempat.
“Kalau abah ada salah dan silap dengan Mukhriz, and vice versa saya tak berapa risau sebab mereka boleh sama-sama minta maaf. Cuma keyboard warriors yang maksum dan confirm masuk syurga dah ready nak berjumpa dekat padang masyar nanti? Sesiapa yang sungguh tak berkenan dekat abah, saya sarankan berdoalah pada Allah. Sesungguhnya doa “rakyat teraniaya” tiada hijab.”
Namun begitu, Azira memaafkan orang yang menabur fitnah terhadap bapanya dan mereka yang mendoakan perkara-perkara buruk ke atas keluarganya.
"InsyaAllah, saya wakil dari ahli keluarga meminta maaf dan memaafkan anda semua yang memaki, mencaci memfitnah sebab anda semua tak kenal abah. Takpa lah, abah dah takda mak ayah untuk dapat dakapan syahhhdu seorang ibu/bapa pemberi semangat dan ditenangkan macam dia. Tapi abah ada kami. Saya juga doakan isteri/suami/anak/ahli keluarga keyboard warriors sihat hendaknya serta dirahmati Allah dunia akhirat, dapat belajar oversea dan tidak dipanah petir."
Krisis Menteri Besar Kedah menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar apabila pada 20 Januari, sekumpulan pemimpin UMNO Kedah sepakat mengumumkan pendirian hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.
Kemudian pada Rabu, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Bakar Din mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu bagi melantik Mukhriz yang meletak jawatan..
BACA: Kronologi krisis Menteri Besar Kedah
BACA: Mukhriz letak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah
Astro Awani
Thu Feb 04 2016
Kata Azira, dia memaafkan orang yang menabur fitnah terhadap bapanya dan mendoakan perkara buruk ke atas keluarganya. - Foto Bernama
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah menang selesa Ketua Bahagian Alor Setar
Kemunculan semula Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ke pentas politik diterima baik apabila menang sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar dalam pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.
Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia
Syed Razak meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.
Bukan mahu jadi calon PRN, hanya bantu kukuhkan parti - Ahmad Bashah
Beliau berkata, kemunculan semula bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar adalah untuk membantu mengukuhkan UMNO, bukannya merebut jawatan dengan sesiapa.
Banjir Baling: Bekas MB Kedah akui beri kelulusan ladang durian musang king
Ahmad Bashah menegaskan kelulusan itu bukan bertujuan untuk pembalakan yang baharu kerana aktiviti pembalakan sudah pun berlaku.
Contohi semangat juang Pas - Ahmad Bashah
Ahmad Bashah berkata, sebagai parti pembangkang, UMNO harus segera belajar menjadi pembangkang yang berkesan dengan menjadikan Pas sebagai contoh terbaik.
Mukhriz setuju sandang jawatan Presiden KFA
Keputusan dibuat selepas mengambil kira permintaan, reaksi dan maklum balas penyokong Lang Merah yang dibuat menerusi kaji selidik dalam laman sosial sebelum ini.
10 ADUN Kedah dijangka angkat sumpah jawatan Exco Selasa ini
Mukhriz berkata sebelum istiadat angkat sumpah jawatan berkenaan, setiap anggota akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat perkenan baginda.
Setiausaha Kehormat KFA letak jawatan
Aminuddin berkata, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu dalam sehari dua ini kepada pihak pengurusan KFA bagi membolehkan pemilihan baharu bagi jawatan itu dibuat.
Jangan terpengaruh dakwaan pembangkang dakwat mudah ditanggalkan
Suruhanjaya Pilihan Raya telah membuat kajian sebelum menggunakan dakwat tersebut bagi memastikan proses pengundian dijalankan secara telus.
Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah
Watikah pemasyhuran itu dibacakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.