awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja cederakan bekas OCPD Dang Wangi diperintah jalani hukuman khidmat masyarakat
Campur tangan insurans dalam rawatan pesakit bercanggah undang-undang - Dzulkefly
Wanita mengamuk, cederakan pekerja restoran guna garpu didenda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yang Dipertuan Agong lancar perarakan kapal berhias sempena 50 tahun Malaysia

Bernama
Bernama
16/09/2013
00:59 MYT
Yang Dipertuan Agong lancar perarakan kapal berhias sempena 50 tahun Malaysia
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah malam tadi berkenan melancarkan perarakan kapal berhias Malam Gemilang 50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia di Tebingan Kuching.
Baginda memulakan acara dengan memutar 'steering' kapal yang disambut dengan bunyi kapal dan hon serta pertunjukan bunga api.
Baginda kemudian disajikan dengan pertunjukan pertama persembahan skrin air yang menampilkan logo sambutan dan juga montaj yang memaparkan perkembangan yang berlaku di Sarawak, perkembangan penduduk pelbagai kaum di negeri ini dan juga pembangunan yang dicapai negeri ini sejak dahulu hingga sekarang.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
Turu hadir ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri masing-masing.
Acara itu turut diserikan dengan nyanyian lagu tema sambutan 'Sarawak Harmoni' yang diiringi alunan muzik dan pertunjukan lampu berwarna-warni.
Acara dimulakan dengan perarakan 50 buah kapal berhias mewakili pelbagai jabatan, agensi, badan berkanun kerajaan negeri Sarawak dan syarikat swasta.
Turut serta ialah perarakan perahu tambang, kayak dan jet ski.
Acara diakhiri dengan persembahan dan bunga api.
Topic Berkaitan
#kapal berhias
#Sarawak
#Yang Dipertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan