awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Yayasan Amal Malaysia terima dana USAID - fitnah jahat'

Sinar Harian
Sinar Harian
24/03/2025
23:45 MYT
'Yayasan Amal Malaysia terima dana USAID - fitnah jahat'
YAM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak menyebarkan maklumat palsu kononnya organisasi kebajikan itu menerima dana asing. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Yayasan Amal Malaysia (YAM) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak menyebarkan maklumat palsu kononnya organisasi kebajikan itu menerima dana asing.
Ketua Setiausahanya, Mohd Razali Moksim berkata, yayasan berkenaan beroperasi secara bebas dengan berlandaskan prinsip ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban dalam setiap inisiatif kemanusiaan dijalankan.
"Segala dana digunakan YAM diperoleh melalui sumbangan orang ramai, derma daripada individu, institusi tempatan serta usaha pengumpulan dana yang sah di sisi undang-undang.
"Dakwaan bahawa kami menerima dana daripada United States Agency for International Development (USAID) adalah satu fitnah jahat yang bertujuan mencemarkan reputasi organisasi kami serta mengelirukan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, pihaknya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berniat jahat dan tidak berasas kononnya menerima dana atau sebarang bentuk bantuan kewangan daripada mana-mana dana antarabangsa.
Tambah Mohd Razali, pihaknya memandang serius tuduhan ini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu ini.
"Orang ramai diseru agar tidak mudah terpedaya dengan khabar angin dan fitnah yang tidak berasas," katanya.
Menurutnya lagi, pihak berkuasa turut digesa mengambil tindakan tegas terhadap penyebar berita palsu yang boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap usaha kebajikan dijalankan YAM selama ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Yayasan Amal Malaysia
#maklumat palsu
#USAID
#dana asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan