awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40,000 al-Quran dihantar ke Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana hari ini
Bank Islam lantik Raja Teh Maimunah sebagai CEO kumpulan
Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, tujuh cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yayasan AMIR dan LeapEd Services perkenal Projek Aman di 64 sekolah di Kedah

Shafizan Johari
Shafizan Johari
18/03/2018
07:25 MYT
Yayasan AMIR dan LeapEd Services perkenal Projek Aman di 64 sekolah di Kedah
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz bergambar dengan pasukan rugbi SK Putat selepas merasmikan program Hasanah Bersama Rakyat di Jerlun, Kedah.
Sayap pendidikan Khazanah Nasional, Yayasan AMIR dan LeapEd Services bakal memperluaskan programnya ke negeri Kedah dengan pelaksanaan inisiatif ‘Projek AMAN’.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata, program dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan melibatkan 64 sekolah di Kedah selain berlangsung selama tiga tahun.
Katanya, ia menyasarkan agenda transformasi melalui empat teras utama iaitu pentadbiran sekolah, guru, kepimpinan pelajar dan pembabitan komuniti dengan sekolah.
“Sebagai anak negeri Kedah, saya amat berbangga dan berharap usaha ini akan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, memaksimumkan pencapaian dan potensi murid serta menerima manfaat daripada penglibatan ibu bapa dan anggota masyarakat dalam pendidikan anak masing-masing,” katanya ketika merasmikan Program Hasanah Bersama Rakyat di Jerlun, Kedah.
Yayasan Amir merupakan sebuah yayasan di bawah Yayasan Hasanah dengan memberi fokus kepada pelaksanaan program Sekolah Amanah, yang sehingga kini melibatkan 83 buah sekolah di 10 buah negeri.
Manakala LeapEd Services pula merupakan syarikat perkhidmatan pendidikan milik Khazanah.
Sementara itu, Othman turut mengalu-alukan penglibatan Khazanah Nasional dalam membangunkan ekonomi di kawasan luar bandar, termasuk Jerlun.
Katanya melalui pelaburan Khazanah Nasional dalam perusahaan ladang ternakan udang Blue Archipelago Berhad, telah menyediakan peluang pekerjaan dengan 60 peratus daripada 360 pekerja di ladang itu adalah penduduk Jerlun.
Topic Berkaitan
#Amanah
#ekonomi
#GLC
#guru
#Kedah
#kerajaan
#Khazanah
#pelaburan
#pendidikan
#rakyat
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan