awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yayasan Islam Pulau Pinang 'hidupkan semula' surau berusia lebih 100 tahun

Astro Awani
Astro Awani
27/04/2023
12:06 MYT
Yayasan Islam Pulau Pinang 'hidupkan semula' surau berusia lebih 100 tahun
Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) berjaya 'menghidupkan semula' Surau Haji Mahmud Taib yang berusia 113 tahun yang terletak di Kubang Semang, Pulau Pinang. -Astro AWANI
YAYASAN Islam Pulau Pinang (YIPP) berjaya 'menghidupkan semula' Surau Haji Mahmud Taib yang berusia 113 tahun yang terletak di Kubang Semang, Pulau Pinang.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Fitri Ibrahim berkata, pihaknya telah mengambil inisiatif dengan mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah untuk mengimarahkan semula surau berkenaan dengan melaksanakan Kelas KAFA Menengah secara rutin setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis.
"Dalam masa yang sama, pihak Yayasan Islam Pulau Pinang juga akan menganjurkan pelbagai program ilmu di surau ini.
"Pihak YIPP juga bercadang untuk menganjurkan festival bagi menyambut ulang tahun surau yang ke-113 pada tahun ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Surau Haji Mahmud Taib dibina pada tahun 1910 oleh seorang tukang kayu yang terkenal dengan kehalusan seni ukiran kayu, Mohamed Sopian Abdul Wahab.
Surau Haji Mahmud Taib dibina pada tahun 1910
Surau Haji Mahmud Taib dibina pada tahun 1910
Mohamed Sopian juga telah membina Istana Kenangan di Kuala Kangsar serta mimbar Masjid Dato Panglima Kinta di Ipoh.
Surau yang terletak di atas tanah persendirian itu 'sepi' lebih 10 tahun memandangkan lokasinya yang terletak berdekatan dengan masjid.
YIPP merupakan agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikawal selia oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Yayasan itu sebelum ini turut mengumumkan bakal menubuhkan sebuah sekolah Islam antarabangsa pertama di negeri itu mengikut konsep sama The International Modern Arabic School (IMAS) di Putrajaya dan dijangka beroperasi pada tahun 2025.
Apabila ia siap kelak, sekolah Islam itu menawarkan pilihan pendidikan Islam bertaraf antarabangsa kepada rakyat Pulau Pinang dan negeri-negeri utara semenanjung Malaysia sebagai satu pusat sehenti pendidikan di peringkat tadika, rendah dan menengah.
Selain itu, pada tahun lalu, YIPP turut mengambil inisiatif menggerakkan program dikenali sebagai ‘fast track’ Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan menyasarkan 200 pelajar tahfiz untuk mengambil peperiksaan itu bermula Julai 2022.
Topic Berkaitan
#Yayasan Islam Pulau Pinang
#Surau Haji Mahmud Taib
#Kubang Semang
#Mohd Fitri Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan