Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyatakan sokongan dan mendoakan kesejahteraan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ia susulan berita penahanan reman Ahli Parlimen Bagan Datuk itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabatnya di Putrajaya pada Khamis.

Khairy menerusi perkongsian di Instagram berkata, “I know I’m hard on you, but you’re still my President, sir.

Please know that you’re in my prayers tonight,” kongsinya menerusi IG Stories.

KJ menerusi perkongsian di Instagram Stories. -Instagram/@KhairyKJ

Ahmad Zahid ditahan berhubung salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana sebuah yayasan.

BACA: SPRM tahan Zahid Hamidi

BACA: Zahid hadir kali keenam ke SPRM


Presiden UMNO itu akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Beliau akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat untuk pertuduhan tersebut.