GADGETS
YouTube tampil ciri 'Auto Dubbing' ubah audio bahasa guna AI

YouTube kini menawarkan ciri auto dubbing yang secara automatik mengalih bahasa video menggunakan AI dari Google DeepMind dan Google Translate. -Amanz
KAMI yakin anda menonton video daripada kandungan yang dihasilkan di luar negara.
Ringkasan AI
- YouTube kini menawarkan ciri auto dubbing yang secara automatik mengalih bahasa video menggunakan AI dari Google DeepMind dan Google Translate.
- Video Bahasa Inggeris akan mempunyai trek audio dalam lapan bahasa lain (Perancis, Jerman, Hindi, Indonesia, Itali, Jepun, Portugis, dan Sepanyol), dan sebaliknya.
- Ciri ini diaktifkan pada semua saluran YouTube Partner Program yang memfokuskan pengetahuan dan maklumat, dengan rencana untuk diperluas ke genre lain di masa hadapan.
Pengguna YouTube boleh mengetik kotak untuk mengaktifkan auto dubbing secara automatik.
Audio asal akan diubah ke bahasa lain menggunakan kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan menggunakan teknologi Google DeepMind dan Google Translate.
Video Bahasa Inggeris yang dimuat naik akan secara automatik mempunyai pilihan trek audio dalam Bahasa Perancis, Jerman, Hindi, Indonesia, Itali, Jepun, Portugis, dan Sepanyol.
Video dalam lapan bahasa ini pula akan secara automatik mempunyai trek audio dalam Bahasa Inggeris.
Ciri auto dubbing kini diaktifkan pada kesemua saluran YouTube Partner Program yang menghasilkan kandungan yang memfokuskan pengetahuan dan maklumat.
Ia akan kemudiannya diberikan juga kepada genre lain di masa hadapan. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami