awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Youtuber terkenal ditahan polis, bantu siasatan kematian kekasih

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
05/04/2022
08:52 MYT
Youtuber terkenal ditahan polis, bantu siasatan kematian kekasih
Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki berusia 20-an bersama tiga lagi rakannya ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Daerah Barat Daya sejak Isnin hingga hari ini.
BAYAN LEPAS: Seorang Youtuber terkenal ditahan polis negeri ini susulan kematian teman wanitanya dalam kejadian di sebuah kediaman kenalan mereka di Teluk Kumbar, Pulau Pinang Sabtu lalu.
Lelaki berusia 20-an bersama tiga lagi rakannya ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Daerah Barat Daya sejak Isnin hingga hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, penahanan keempat-empat suspek dibuat selepas pihak polis menerima laporan daripada seorang doktor di Hospital Balik Pulau mengenai pesakitnya yang tidak sedarkan diri dan kritikal 2 April lalu.
Kamarul Rizal berkata, pemeriksaan lanjut pihak hospital mendapati terdapat kesan lebam lama dan dan baharu di seluruh tubuh mangsa yang berusia 20 tahun itu.
Mangsa, kata beliau, kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia pada hari sama.
Sehubungan itu, bertindak atas maklumat, polis kemudian menahan teman lelaki wanita itu bersama tiga lagi rakannya bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.
“Mangsa dipercayai dipukul dengan menggunakan kekerasan atau objek tumpul. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian berlaku,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Kamarul Rizal berkata, kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 11 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
Topic Berkaitan
#Youtuber terkenal
#kematian kekasih
#bantu siasatan
#polis pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan