ALOR SETAR: Yayasan Pelajaran Mara (YPM) akan meneruskan program untuk memperkasakan dan melonjakkan taraf pendidikan pelajar Melayu dan Bumiputera yang kurang berkemampuan pada tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif YPM Mohd Amran Mohd Ariffin berkata banyak program telah dirancang sebelum ini terpaksa ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19 melanda negara sejak dua tahun lepas.
"Semasa fasa pandemik sebelum ini, kita berdepan sedikit kesulitan untuk laksanakan program, hebahan dan motivasi secara bersemuka. Sedangkan program seperti tuisyen dan penyampaian bantuan memang banyak dilaksanakan secara bersemuka bagi memudahkan komunikasi dengan pelajar.
"Sekarang kerajaan telah memberi kelonggaran selepas negara memasuki fasa peralihan ke endemik, jadi bolehlah YPM meneruskan kembali program-program tergendala dan diharapkan ia dapat memberi kesan lebih baik kepada mereka yang terlibat," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Terdahulu, beliau menyerahkan sumbangan duit raya kepada 50 anak yatim, miskin dan kurang berkemampuan dari kawasan sekitar Parlimen Kuala Kedah menerusi Program Simfoni Ramadan anjuran Kelab Kebajikan Jaringan Teguh dengan kerjasama YPM.
Mohd Amran berkata YPM juga akan memberi pengetahuan lebih banyak kepada pelajar mengenai peluang-peluang pendidikan yang ada di Majlis Amanah Rakyat (MARA).
"Sekiranya pelajar-pelajar ini belajar dengan bagus dan mendapat keputusan cemerlang, mereka ada ruang untuk pergi ke peringkat lebih baik dan boleh menyambung pengajian tinggi di bawah MARA," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 29 2022
Mohd Amran (dua, kiri) menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim pada Program Simfoni Ramadan anjuran Kelab Kebajikan Jaringan Teguh dan Yayasan Pelajaran MARA di Bangunan Tunku, Alor Setar, 28 Apr 2022. --fotoBERNAMA
Jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat dibuka semula hari ini
Jambatan Bailey di Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat yang ditutup sebelum ini untuk kerja-kerja pembaikan dibuka semula bermula 4 petang tadi.
Pentadbiran AS 'tekad' capai gencatan senjata antara Israel, Hamas - Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Rabu berkata pentadbiran Amerika Syarikat (AS) "bertekad" untuk mencapai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas.
Johor perlu pacu automasi, guna teknologi dan gaji lebih tinggi - Liew
Johor mesti memacu kadar automasi, penggunaan teknologi baharu serta gaji yang lebih tinggi secara menyeluruh untuk memanfaatkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)
AWANI Ringkas: Kebocoran gas | Tuntutan palsu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu Palestin: PM Anwar pilih pertahan prinsip berbanding takut pelaburan terjejas
Anwar mengakui usaha menarik dan merealisasikan pelaburan bernilai tinggi masuk ke negara ini bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi ia sesuatu yang amat penting bagi meningkatkan ekonomi negara.
Tumpuan Khamis - 02 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Singapura mahu warga bersatu, kekalkan kestabilan politik dalam ucapan terakhir
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menyeru rakyat Singapura supaya terus bersatu padu dan mengekalkan kestabilan politik bagi hala tuju Singapura ke hadapan.
Mei Xing hampa gagal sumbang mata buat Malaysia
Mei Xing tidak dapat menyembunyikan kesedihannya selepas gagal menyumbang mata kedua buat pasukan Malaysia ketika menentang Australia.
Profil Malaysia semakin meningkat di mata dunia - PM Anwar
Bukan ingin mendabik dada atau bersikap sombong, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat profil Malaysia kembali meningkat dan dihormati di mata dunia.
Kenaikan gaji penjawat awam tidak lagi pentingkan kelompok tertinggi seperti dahulu – PM Anwar
Kenaikan gaji penjawat awam melebihi 13 peratus, seperti yang diumumkan pada Hari Pekerja 2024, adalah berbeza dengan kenaikan yang pernah dilaksanakan dalam pentadbiran terdahulu.
YPM teruskan program memperkasa taraf pendidikan pelajar
Banyak program yang dirancang sebelum ini terpaksa ditangguhkan berikutan pandemik yang melanda sejak dua tahun lepas.
MARA sumbang 400 komputer riba, tablet kepada pelajar B40
Sebanyak 400 komputer riba serta tablet diberikan kepada pelajar golongan B40 menerusi Program MARACare.
YPM sasar 49 Pusat Tuisyen Pintar @ KPLB 2021, bakal manfaatkan 4,900 pelajar
Setiap pusat tuisyen akan mengadakan 10 kali perjumpaan sebanyak seminggu sekali, bergantung kepada jadual yang ditetapkan.
Bayar zakat melalui Yayasan Pelajaran Mara
Keistimewaan menyumbang dengan YPM adalah individu boleh menyalurkan sumbangan secara umum ataupun spesifik kepada skim atau program yang dikendalikan oleh YPM.
220 lagi pelajar program Dasar Pandang ke Timur bakal berlepas ke Jepun
Pelajar terbabit telah menyempurnakan kursus komprehensif selama 20 bulan di sini termasuk penguasaan Bahasa Jepun.
Program Celik Al-Quran YPM manfaatkan pelajar
20 orang pelajar terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah terpilih mengikuti Program Celik Al-Quran Yayasan Pelajaran MARA (YPM) yang diadakan dalam jangka masa tiga bulan.
Bantu jayakan inisiatif hantar pelajar kurang berkemampuan ke menara gading - Pengasas YPM
Sokongan boleh diberikan dalam bentuk sumbangan kewangan, geran dan kerjasama strategik, khususnya oleh institusi pengajian untuk menawarkan tempat kepada pelajar terbabit.
[PERSPEKTIF] Mencari jawapan kepada rusuhan kuil melalui Dewan Rakyat
Yayasan Perpaduan Malaysia (YPM) menyambut baik usaha Peguam Negara, Tommy Thomas dalam mengarahkan inkues diadakan ke atas kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.
Wajibkan pihak penyedia perkhidmatan khatan supaya mendapat latihan dan lesen
Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Datuk Abdul Karim Mustafa menggesa kerajaan agar mewajibkan pihak yang menyediakan perkhidmatan khatan supaya mendapat latihan dan lesen yang diiktiraf.
40,000 pelajar akan terima bantuan persekolahan mulai Isnin
Sebanyak 40,000 pelajar sekolah menengah dan rendah di 191 bahagian UMNO di seluruh negara akan menerima bantuan di bawah program Best 2016.