awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
Ribut petir, hujan lebat di lapan negeri sehingga 9 malam ini
PNB hanya pemegang saham minoriti IJM, tiada kawalan keputusan - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yudhoyono sentiasa jadi sahabat kini dan selama-lamanya, kata Najib

Bernama
Bernama
19/12/2013
13:45 MYT
Yudhoyono sentiasa jadi sahabat kini dan selama-lamanya, kata Najib
Sidang akhbar bersama Najib-Yudhoyono di akhir pertemuan Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengungkapkan hubungan persahabatannya dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono sebagai sahabat yang kekal untuk selama-lamanya.
Ungkapan itu disampaikan pada sidang akhbar bersama Yudhoyono di akhir pertemuan Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia yang berlangsung di Istana Merdeka, Kompleks Istana Presiden Indonesia di sini.
"Di atas kejayaan dan kesan kepimpinan Presiden Susilo dan Indonesia, kami (Malaysia) amat berterima kasih dan sanjung tinggi dengan apa yang disumbangkan.
"Saya telah katakan bahawa perhubungan saya dengan Bapa Presiden (Yudhoyono) melewati hubungan formal. Jadi we will always be friends now and forever (kami akan sentiasa menjadi sahabat kini dan selama-lamanya), Insya-Allah," kata Najib disambut tepukan gemuruh para anggota delegasi dari kedua-dua negara yang turut hadir di sidang akhbar bersama itu.
Najib sebelum itu menyampaikan penghargaan Malaysia terhadap sumbangan Yudhoyono dan Kerajaan Indonesia menjayakan dua acara besar baru-baru ini iaitu sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan mesyuarat peringkat menteri Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Yudhoyono, yang menjadi Presiden Indonesia selama dua penggal, akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Negara republik itu menjelang September tahun depan memandangkan perlembagaan Indonesia mengehadkan jawatan presiden untuk disandang selama dua penggal sahaja.
Rundingan Tahunan kali ini merupakan yang keempat antara Najib dan Yudhoyono sejak tahun 2010.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Jakarta
#Najib Razak
#Susilo Bambang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan