awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Yusoff bukan kanak-kanak, keterangan diberi demi keadilan terhadap dirinya' - Peguam

Fareez Azman
Fareez Azman
09/12/2019
16:55 MYT
'Yusoff bukan kanak-kanak, keterangan diberi demi keadilan terhadap dirinya' - Peguam
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla bersama Muhammed Yusoff Rawther ditemui media selepas keluar dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. - Foto BERNAMA
Peguam kepada Yusoff Rawther, Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla memaklumkan tindakan anak guamnya memberi keterangan kepada polis adalah untuk mendapatkan keadilan terhadap dirinya sendiri.
Malah, beliau percaya keterangan penuh yang telah diberikan oleh Yusoff akan disusuli dengan siasatan yang adil serta memegang prinsip kedaulatan undang-undang.
"Yusof bukan kanak-kanak, dia memahami apa yang dia lakukan. Jika dia membuat dakwaan palsu atau menipu, dia juga akan menerima akibatnya.
"Tetapi dia tetap membuat laporan polis dan melakukan akuan bersumpah (SD) dan hari ini (Isnin) dia datang untuk bagi keterangan penuh mengenai apa yang berlaku," kata Mohamed Haniff.
Sementara itu, Yusoff ketika ditanya mengenai tindakan beberapa ahli keluarganya yang mengeluarkan kenyataan terhadap dirinya, mengakui terkejut dengan tindakan itu.
BACA: Yusoff Rawther beri keterangan lebih tujuh jam di Bukit Aman
"Ahli keluarga saya kuat dan tabah hadapi situasi ini, itu datuk saudara saya, seseorang yang saya jumpa setahun sekali semasa Hari Raya Aidilfitri secara tiba-tiba jadi pakar dalam soal hidup saya hari ini.
“Ia agak mengejutkan saya. Keluarga saya sudah tampil dengan kenyataan dan saya membiarkannya setakat itu. Mana mana individu yang bukan sebahagian keluarga saya lebih baik tidak sibuk campuri urusan saya," katanya ketika ditemui diluar perkarangan Ibu Pejabat Bukit Aman pada Isnin.
Terdahulu Yusoff 26, memberi keterangan selama lebih tujuh jam kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berhubung dakwaannya berkaitan salah laku seks melibatkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dia yang tiba pada jam 1 tengahari itu dilihat bersama Mohamed Haniff sebelum keluar dari perkarangan Bukit Aman pada kira-kira jam 9.15 malam
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Bukit Aman
#Mohamed Haniff Khatri Abdulla
#PDRM
#PKR
#Yusoff Rawther
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan