awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
Zelenskyy puji ‘idea baharu’ selepas rundingan damai dengan wakil AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid Hamidi anggap Anwar Ibrahim 'gelojoh' berkempen

Bernama
Bernama
13/02/2014
06:27 MYT
Zahid Hamidi anggap Anwar Ibrahim 'gelojoh' berkempen
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'gelojoh' kerana berkempen sebelum tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
"Kalau kita pernah menjadi pembuat undang-undang di Dewan Rakyat, sepatutnya kita patuhi undang-undang dan menjadi contoh yang terbaik," katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan kementerian, di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri ditanya mengenai tindakan Anwar yang sudah mula berkempen bagi pilihan raya kecil DUN Kajang walaupun pemilihan hanya akan berlangsung bulan depan.
Anwar sebelum ini dilapor berkata beliau akan bertanding di kerusi DUN itu yang dikosongkan oleh wakil PKR, Lee Chin Chen pada 27 Jan lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mac depan sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian pada 23 Mac.
Undang-undang pilihan raya memperuntukkan seseorang calon yang bertanding hanya dibenar berkempen selepas proses penamaan calon selesai.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid meminta semua agensi di bawah kementeriannya di Putrajaya menetapkan hari Khamis sebagai hari bertemu pelanggan, bermula pukul 9 pagi hingga 1 petang.
"Saya sendiri akan mengetuai hari tersebut. Jika saya tiada Timbalan (saya) Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar atau Ketua Setiausaha kementerian Datuk Mohamad Khalid Shariff akan menggantikan saya," katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Kajang
#PRK
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan