awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid Hamidi masuk hospital, perbicaraan mungkin ditangguh

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
24/08/2021
02:50 MYT
Zahid Hamidi masuk hospital, perbicaraan mungkin ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi mungkin ditangguh apabila Presiden UMNO itu dimaklumkan menjalani prosedur membabitkan kecederaan tulang belakang. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Hujahan akhir pendakwaan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi mungkin ditangguh sekali lagi apabila Presiden UMNO itu dimaklumkan menjalani prosedur membabitkan kecederaan tulang belakang.
Peguam Hisyam Teh Poh Teik memberitahu mahkamah, anak guamnya itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam.
Hakim Collin Lawrence Sequerah bagaimanapun meminta pihak pembelaan memanggil doktor berkenaan untuk hadir ke mahkamah hari ini bagi menerangkan kecederaan dan prosedur terbabit sebelum menetapkan satu tarikh lain.
Ketika ini mahkamah ditangguhkan sementara menunggu doktor berkenaan mengesahkan kehadiran.
Ahmad Zahid, 68, berdepan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#perbicaraan ditangguh
#masuk hospital
#kecederaan tulang belakang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan