Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar portal berita yang sengaja memutarbelitkan ucapan serta kenyataan beliau Sabtu lepas berkaitan RELA dan mengundi.
Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO, berkata portal berita berkenaan begitu kreatif kerana berjaya menyalah tafsir serta memanipulasi ucapannya.
Ditanya sama ada beliau marah kepada portal itu, Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datoh berkata:
"Saya sukacita yang amat sangat kerana ia memperlihatkan kedangkalan penulis berkenaan dan bagaimana mereka tidak cerdik dalam mentafsirkan apa yang saya katakan.
"Saya ucapkan tahniah kerana mereka cukup kreatif di dalam melakukan kerja dengan fakta dan menyalahtafsirkan apa yang saya nyatakan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat tawaran dan kunci rumah program Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) di Kampung Pinang Sebatang di sini, pada Isnin.
Pada Ahad, sebuah portal berita melaporkan Ahmad Zahid sebagai memberi amaran kepada anggota RELA bahawa beliau tahu siapa yang mengundi dan tidak mengundi semasa pilihan raya umum lalu.
Berikutan laporan portal itu, Pemuda PAS Perak dan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) membuat laporan polis dengan mendakwa sebagai menteri, Ahmad Zahid tidak boleh menyalahgunakan kedudukannya untuk menimbulkan kerisauan orang lain.
Sementara itu, Pengerusi bersama Bersih Datuk S.Ambiga mendakwa Ahmad Zahid melanggar peraturan Akta Kesalahan Pilihan Raya kerana memberi amaran kepada anggota RELA dan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap beliau.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kenyataan Ahmad Zahid bahawa beliau mengetahui anggota RELA yang tidak mengundi, tidak melanggar peraturan pilihan raya dan menyifatkannya sebagai nasihat bagi menggalakkan golongan berkenaan yang mendaftar sebagai pemilih pulang mengundi.
Sementara itu, pada majlis berkenaan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad Datuk Abdul Latiff Ahmad berkata sebanyak 40 daripada 115 permohonan bagi perumahan syarikat itu di Parlimen Teluk Intan diluluskan.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 30 unit (merangkumi 3 bilik tidur dan 2 bilik air berkeluasan antara 700 kaki persegi sehingga 1,000 kaki persegi) telah siap dibina dan sejumlah 10 unit sedang dalam proses pembinaan," katanya.
Bernama
Mon May 26 2014

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Wang, jongkong emas disita SPRM tiada kaitan dengan dana politik UMNO - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menyerahkan kepada SPRM untuk mengambil tindakan susulan.

Hi-TVET diperkasakan, tumpu robotik, IoT, AI - Ahmad Zahid
Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Aras Tinggi (Hi-TVET) terus diperkasakan dengan memberi tumpuan kepada robotik, Internet benda (IoT), kecerdasan buatan (AI) serta pengenalan kep

Kerajaan perluas program jualan murah sempena Aidilfitri
Mesyuarat NACCOL membincangkan peningkatan inflasi kos perubatan dan langkah-langkah untuk mengekang kenaikan premium Takaful Perubatan dan Kesihatan.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

FELCRA Bhd catat untung boleh agih akhir 2024 berjumlah RM192.51 juta - Ahmad Zahid
FELCRA Bhd meraih keuntungan boleh agih bagi tempoh akhir 2024 berjumlah RM192.51 juta menerusi Projek Peserta FELCRA, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kerajaan tegas tangani isu agama, pastikan keharmonian terpelihara - Ahmad Zahid
"Kita yakin Kerajaan MADANI berpegang kepada perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."

Warga MARA perlu jadi pemikir strategik bukan sekadar pentadbir - Ahmad Zahid
Ia bagi memastikan perjuangan Bumiputera kekal relevan dan berdaya saing.

Ahmad Zahid, Fadillah ucap selamat menyambut Ramadan, ajak kurangkan pembaziran
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di seluruh negara yang akan memulakan ibadah puasa esok.